Utusan Borneo (Sarawak)

Konsert di Istana Budaya pada Mei depan

-

KONSERT sambutan ulangtahun ke-25 kumpulan KRU yang dinamakan ‘KRU25’ akan diadakan pada 4, 5 serta 6 Mei 2018 di Istana Budaya, seperti yang diumumkan oleh KRU Studios Sdn Bhd baru-baru ini.

Selain lagu-lagu popular KRU dari tahun 90-an sehingga kini, KRU25 di Istana Budaya adalah istimewa dan berbeza dengan konsert-konsert KRU yang lain kerana turut disampaika­n melalui penceritaa­n walaupun majoriti segmen persembaha­n tetap berbentuk nyanyian bagi mengembali­kan kenangan dan nostalgia peminatpem­inat KRU dari dulu hingga kini.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Penerbit Eksekutif KRU25 pemilihan lokasi Istana Budaya adalah amat sesuai dengan konsep persembaha­n yang ingin disampaika­n oleh mereka.

Selain pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya yang dinaiktara­f, suasana eksklusif di Istana Budaya juga akan memberi keselesaan kepada penonton bagi menghayati konsert selama dua jam ini.

Sambutan KRU25 telah bermula sejak Ogos 2016 apabila KRU mengadakan konsert di Esplanade, Singapura di mana tiketnya habis dijual.

Tidak lama lagi, KRU bakal mengeluark­an single terbaru yang turut dimasukkan dalam album kompilasi KRU25 dalam bentuk digital, CD, DVD dan Vinyl.

KRU juga sedang dalam proses penerbitan ‘Rockumenta­ry’ tentang penglibata­n KRU dalam dunia seni sejak 1992.

Tempahan tiket dari harga RM158 (tidak termasuk GST) boleh dibuat melalui talian hotline 03-22760038 dan emel kru25@krustudios.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia