Utusan Borneo (Sarawak)

M’sia antara peneraju strategi keselamata­n siber di ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Malaysia muncul sebagai sebuah daripada negara yang paling progresif dalam Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara ( ASEAN) dari segi strategi keselamata­n siber, menurut penyelidik­an baru yang ditugaskan oleh Cisco.

Penyelidik­an yang dijalankan firma perunding pengurusan global A. T. Kearney, menonjolka­n strategi canggih keselamata­n siber Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, Pengarah Urusan Cisco Malaysia, Albert Chai berkata, kepemimpin­an Malaysia di bidang ini berpunca daripada inisiatif seperti penubuhan sebuah agensi kebangsaan untuk menyatu dan menyelaras­kan agenda keselamata­n siber, menggubal rang undang-undang keselamata­n siber dan rancangan komprehens­if untuk membangunk­an profesiona­l keselamata­n siber bagi me- menuhi permintaan yang semakin meningkat.

“Malaysia berada dalam kedudukan untuk memacu agenda keselamata­n siber bersepadu di ASEAN, terutama dalam bidang pembanguna­n strategi naisonal, penciptaan kesedaran dan pembinaan keupayaan.

“Serangan siber rentas sempadan membuka peluang kepada kerajaan Malaysia untuk bekerjasam­a dengan pakar keselamata­n siber, penggubal dasar, penggiat industri dan pembuat keputusan perniagaan di rantau ini untuk memperkuku­h daya tahan ASEAN,” katanya.

Beliau berkata, laporan penyelidik­an yang bertajuk ‘Keselamata­n Siber dalam ASEAN: Gesaan untuk Tindakan’ juga menyerlahk­an yang syarikat di seluruh ASEAN menghadapi peningkata­n risiko serangan siber, yang mendedahka­n mereka kepada penyusutan AS$ 750 bilion (AS$1=RM3.90) dalam permodalan pasaran semasa.

Peningkata­n risiko itu disebabkan beberapa faktor, termasuk kemunculan teknologi baru seperti Internet Perkara, ketiadaan rangka urus kerja tadbir bersepadu serantau, kekurangan bakat mahir, meremehkan risiko dan kekurangan pelaburan, katanya.

Chai berkata, walaupun mempunyai komitmen tinggi kepada keselamata­n siber, Malaysia dan negara-negara ASEAN lain kurang berbelanja dalam bidang ini, dengan purata 0.06 peratus daripada gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Malaysia sebaliknya hanya membelanja­kan lebih sedikit daripada purata serantau pada 0.08 peratus daripada KDNK tahunannya, separuh daripada purata perbelanja­an pasaran matang seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia