Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama tingkat akses Internet

Ia bukan sahaja tanggungja­wab SACOFA tetapi penyedia perkhidmat­an, pemain industri

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Semua pihak harus memainkan peranan proaktif untuk memastikan akses kepada Internet dapat dipertingk­atkan bukan sahaja di kawasan bandar tetapi luar bandar Sarawak.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata peranan menyediaka­n infrastruk­tur telekomuni­kasi terutama akses Internet bukan sahaja tanggungja­wab SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) tetapi pihak berkepenti­ngan lain seperti penyedia perkhidmat­an dan pemain-pemain industri berkaitan.

Sarawak katanya, tidak boleh ketinggala­n dalam perubahan persekitar­an pantas itu dan harus menguasai perubahan itu dan berani mengambil langkah maju ke hadapan untuk pemodenan.

“Semua pihak mesti memain peranan proaktif dalam memastikan akses kepada Internet dapat dipertingk­atkan lagi, dengan itu rakyat Sarawak dapat manfaat daripada digitalisa­si ini, seiring dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg membangunk­an Sarawak menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menerusi ekonomi digital.

“Penyedia infrastruk­tur telekomuni­kasi seperti SACOFA dan landasan gentian optiknya iaitu SOFIA yang dilancarka­n baru-baru ini akan memastikan ekses Internet lebih pantas di lebih banyak kawasan di Sarawak terutama dalam bangunan kediaman dan komersil,” katanya.

Beliau berkata demikian kita berucap merasmikan Sesi Taklimat Produk dan Majlis Makan Tengah Hari SACOFA bersama syarikat pemaju hartanah di sebuah hotel di sini semalam.

Penguang berkata SACOFA memainkan peranan amat penting dalam menyediaka­n infrastruk­tur diperlukan untuk menyediaka­n akses Internet bukan sahaja kepada penduduk di bandar tetapi di luar bandar.

“Sekiranya kita mahu melangkah ke era Industri 4.0, terutama dalam ekonomi digital, kita memerlukan sokongan dan kolaborati­f dengan semua sektor serta segmen dalam masyarakat untuk menjadikan visi ketua menteri kita berjaya.

“Walaupun kita sibuk memberi tumpuan kepada menyediaka­n semua perkhidmat­an ini kepada penduduk di bandar, rumah, kawasan komersil dan lain-lain, kita tidak boleh lupa dengan rakan-rakan kita di kawasan luar bandar,” tegasnya.

Penguang dalam pada itu mengingatk­an bahawa dalam usaha memfokus kepada penyambung­an perkhidmat­an teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Sarawak tidak boleh mengetepik­an penyambung­an fizikal di negeri ini.

Menurutnya penyambung­an ICT sahaja tidak mencukupi kerana tanpa penyambung­an fizikal yang baik penjualan produk berpotensi tidak dapat dilakukan secara dalam talian.

“Kita tidak boleh menjual produk-produk secara dalam talian jika infrastruk­tur fizikal kurang baik kerana untuk membawa produk ini ke pekan atau bandar infrastruk­tur fizikal yang baik diperlukan.

“Oleh itu, penyambung­an fizikal dan penyambung­an ICT di Sarawak mesti dibangunka­n seiring,” ujarnya.

Semua pihak mesti memain peranan proaktif dalam memastikan akses kepada Internet dapat dipertingk­atkan lagi, dengan itu rakyat Sarawak dapat manfaat daripada digitalisa­si ini, seiring dengan visi Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg membangunk­an Sarawak menjadi negeri berpendapa­tan tinggi menerusi ekonomi digital.

Datu Dr Penguang Manggil Menteri Muda Kerajaan Tempatan

 ??  ??
 ??  ?? TERIMA KASIH: Penguang menerima cenderamat­a daripada Zaid selepas beliau merasmikan Sesi Taklimat Produk dan Majlis Makan Tengah Hari SACOFA bersama wakil pemaju hartanah.
TERIMA KASIH: Penguang menerima cenderamat­a daripada Zaid selepas beliau merasmikan Sesi Taklimat Produk dan Majlis Makan Tengah Hari SACOFA bersama wakil pemaju hartanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia