Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Rundi lawat mangsa kebakaran Rumah Nyipa

-

BINTULU: Nasib 256 penduduk daripada 36 keluarga yang terjejas kebakaran di Rumah Nyipa, Nanga Pandan di Sebauh, dekat sini malam Ahad lalu terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Semalam Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi bersama pegawai beberapa agensi berkaitan melawat mangsa terjejas serta membincang­kan bentuk bantuan yang akan diagihkan.

Ketika ditemui sejurus lawatan, Dr Rundi mengumumka­n bantuan berjumlah RM36,000 meliputi RM1,000 bagi setiap keluarga terjejas manakala RM30,000 lagi untuk membina semula Tabika KEMAS Rumah Nyipa yang turut musnah dalam insiden berkenaan.

“Bantuan yang diberikan ini diharap berupaya meringanka­n beban yang terpaksa ditanggung 36 keluarga yang telah kehilangan tempat tinggal dalam sekelip mata dalam insiden yang berlaku sekitar jam 9.30 malam itu,” ujarnya.

Jelasnya, kerajaan melalui agensi berkaitan akan terus memberi bantuan susulan bagi penduduk memulakan semula kehidupan mereka sehinggala­h rumah panjang baharu siap dibina kelak.

Semua itu jelasnya, menunjukka­n kerajaan amat memandang berat aspek kebajikan rakyat terutama yang dilanda musibah seperti kebakaran, bencana alam dan sebagainya yang mendatangk­an kesukaran.

“Saya pada masa sama turut melahirkan rasa sedih atas kejadian yang menimpa Rumah Nyipa ini kerana mendatangk­an kerugian besar kepada semua penghuniny­a,” jelasnya.

Bagaimanap­un Dr Rundi bersyukur kerana kebakaran itu tidak mendatangk­an kecederaan atau kehilangan nyawa, melainkan rumah dan harta milik penghuniny­a sahaja yang musnah terbakar.

Turut serta Pemangku Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pemanca Utong Sigan dan Penghulu Michael Lanyau.

 ??  ?? BANTUAN SEGERA: Dr Rundi ( kiri) menyampaik­an cek sumbangan RM66,000 kepada Tuai Rumah Nyipa selaku wakil penduduk rumah panjang berkenaan, semalam.
BANTUAN SEGERA: Dr Rundi ( kiri) menyampaik­an cek sumbangan RM66,000 kepada Tuai Rumah Nyipa selaku wakil penduduk rumah panjang berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia