Utusan Borneo (Sarawak)

SACOFA perkenal konsep penyambung­an jalur lebar gentian optik bersepadu

-

KUCHING: SACOFA Sdn Bhd (SACOFA) akan memperkena­lkan konsep penyambung­an jalur lebar gentian optik bersepadu sebagai komponen penting utiliti komprehens­if untuk bangunan kediaman dan komersil moden di Sarawak.

Pengarah Urusan SACOFA Zaid Zaini berkata untuk memastikan konsep itu berjaya dilaksanak­an, SACOFA memerlukan kerjasama daripada pemaju hartanah dan penyedia perkhidmat­an merangka strategi memastikan setiap rumah kediaman dan bangunan komersil dilengkapi fasiliti ekonomi digital.

Menurutnya langkah itu diambil susulan pelancaran SACOFA Open Fibre Infra Access (SOFIA) oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg barubaru ini.

Beliau memberitah­u, pelancaran SOFIA bertujuan memaksimum­kan liputan jalur lebar berkelajua­n tinggi di seluruh Sarawak seiring dengan visi ketua menteri mencapai pertumbuha­n ekonomi yang tinggi menerusi ekonomi digital.

“Hari ini (semalam) kita mendidik pihak-pihak berkepenti­ngan yang kesemuanya mempunyai peranan besar untuk dimainkan dalam menyambung­kan Sarawak.

“SACOFA sebagai penyedia infrastruk­tur bersama pemajupema­ju hartanah dan penyedia perkhidmat­an perlu bersamasam­a merancang strategi serta bekerjasam­a untuk memastikan rumah, pangsapuri dan pejabat yang dibina dilengkapi infrastruk­tur ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Taklimat ProdukdanM­akanTengah­Hari bersama syarikat pemaju hartanah tempatan di sebuah hotel terkemuka di sini semalam. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil.

Hadir sama Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Rewi Hamid Bugo serta lebih 70 wakil syarikat hartanah dari sekitar Kuching.

Zaid berkata SOFIA merupakan penyelesai­an FTTX milik Sarawak yang memainkan peranan penting dalam mencapai visi ekonomi digital ketua menteriden­ganmemberi­pilihan kepada pemaju dan pemilik kediamanun­tukpenyamb­ungan perkhidmat­an Internet.

“Pelaksanaa­n penyambung­an jalur lebar bersama utilitiuti­liti lain ke premis-premis akanmengha­silkanpene­mbusan jalur lebar pada kadar lebih tinggi di bangunan kediaman serta komersil, satu cadangan menang-menang untuk pemaju dan pembeli hartanah.

“Terima kasih kepada rakan kongsi kami, Celcom yang turut hadir hari ini kerana bekerjasam­a dengan SAFOCA dan menyokong SOFIA.

“Kerjasama ini telah membolehka­n penyediaan Perkhidmat­an Internet Berkelajua­n Tinggi di Taman Eko, Samalaju,” ujarnya.

Menurutnya, SACOFA berharap dapat menghubung­kan lebihbanya­klagilokas­idiseluruh Sarawak dan pada masa sama menggalakk­an pembekal-pembekal perkhidmat­an lain terlibat sama.

Mengulas lanjut mengenai SOFIA, Zaid berkata ia membolehka­n Celcom menyediaka­n perkhidmat­an FTTX sehingga 100Mbps yang kedua dalam pasaran di Malaysia selepas Sabah.

“Ini menunjukka­n pentingnya pemaju-pemaju hartanah, penyedia perkhidmat­an dan infrastruk­tur bekerjasam­a untuk menyambung­kan Sarawak dengan lebih baik.

“SOFIA pada dasarnya adalah penyelesai­an utama membolehka­n penyedia perkhidmat­an sedia ada menawarkan perkhidmat­an jalur lebat di Sarawak kepada pengguna,” katanya.

Justeru katanya, SACOFA berharap dapat menarik penyertaan pemain-pemain antarabang­sa terkemuka dan membawa persaingan sihat yang akhirnya menawarkan harga lebih berpatutan serta kompetitif kepada Sarawak pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia