Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai pihak bekerjasam­a bantu mangsa banjir di Simunjan

-

KUCHING: Hujan berterusan dan fenomena air pasang dalam masa yang singkat telah menyebabka­n kawasan sekitar daerah Simunjan dilanda banjir sejak Ahad lalu.

Agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) dan pihak bertanggun­gjawab telah bekerjasam­a mengerah tenaga dan menghulur bantuan kepada mangsa banjir.

Seperti agensi kerajaan yang lain, Jabatan Penerangan Daerah Simunjan tidak ketinggala­n menjalanka­n tanggungja­wab mereka untuk turun padang bagi menghulur khidmat kepada masyarakat memerlukan bantuan.

Unit Darat Jabatan Penerangan Daerah Simunjan contohnya, semasa dalam perjalanan ke pusat pemindahan sementara untuk melakukan tinjauan, telah membantu agensi berkaitan membawa keperluan asas seperti bantuan makanan serta keperluan lain kepada mangsa banjir.

Bantuan makanan ke pusat pemindahan di Dewan Pembanguna­n Sebuyau telah tersekat di kawasan Kampung Hulu Sebuyau pada malam Ahad disebabkan paras air semakin naik dan menyukarka­n kenderaan katerer melintasi kawasan tersebut.

Setakat ini, seramai 462 penduduk dipindahka­n ke tiga pusat pemindahan berikutan banjir mula melanda beberapa kawasan di daerah Simunjan malam sebelumnya.

Tiga pusat pemindahan sementara telah beroperasi bermula 3 Februari lalu iaitu Dewan Pembanguna­n Sebuyau, diikuti Masjid Kampung Seruyuk dan Dewan Masyarakat Kampung Segali.

Masjid Kampung Seruyuk ketika ini menempatka­n jumlah tertinggi mangsa iaitu 319, diikuti Dewan Pembanguna­n Sebuyau (64) manakala Dewan Masyarakat Kampung Segali (79).

 ??  ?? BANTU: Seorang anggota Jabatan Penerangan Daerah Simunjan, Zainal Abidin (kanan) membantu menyediaka­n kemudahan dan keperluan kepada mangsa banjir di Dewan Kampung Segali semalam.
BANTU: Seorang anggota Jabatan Penerangan Daerah Simunjan, Zainal Abidin (kanan) membantu menyediaka­n kemudahan dan keperluan kepada mangsa banjir di Dewan Kampung Segali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia