Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota bomba bertindak pantas pindah mangsa banjir

-

LAWAS: Sebuah keluarga terdiri daripada lima penghuni dipindahka­n ke kawasan lebih selamat ke kediaman jiran berhampira­n selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Gelapas Trusan di sini semalam.

Ketua Balai Bomba Penyelamat Lawas Zaki Husin berkata jumlah itu membabitka­n dua wanita dan tiga lelaki dewasa dipindahka­n menggunaka­n bot ke kediaman jiran mereka.

“Bantuan pemindahan terpaksa dilakukan selepas hasil pemantauan mendapati air mencecah paras pinggang di kawasan terbabit setakat petang semalam,” katanya di sini semalam.

Zaki berkata pemantauan turut dilakukan di beberapa lokasi berisiko banjir.

Antara kawasan terjejas membabitka­n SK Hulu Merapok dinaiki air namun paras air adalah terkawal dan mulai surut serta cuaca mendung.

“Beberapa lokasi dipantau membabitka­n Kampung Siang-Siang, Pengalih, Long Tukon, Gelapas Trusan dan Kampung Seberang Kedai Trusan,” katanya.

Sementara itu, di Limbang empat sekolah rendah ditutup akibat banjir yang menenggela­mkan kawasan sekolah tengah hari semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata ia melibatkan SK Hulu Lubai, SK RC Kubong, SK Kuala Awang dan SK Kubong.

Beliau memberitah­u, dua lagi sekolah terlibat banjir masih beroperasi membabitka­n SK Nanga Merit dan SK Merambut.

“Sementara itu terdapat jalan sekolah terputus hubungan dan tidak dapat dilalui melibatkan SK Bukit Batu, SK Kuala Medalam dan SK Kuala Penganan,” jelasnya.

Tawang berkata, setakat jam 1 petang semalam tiada pemindahan mangsa dan pusat pemindahan dibuka dan keadaan masih terkawal.

“Antara kawasan dipantau membabitka­n beberapa kawasan di Jalan Kubong dan Medamit,” katanya. BINTULU: Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Bintulu bertindak pantas memindahka­n mangsamang­sa banjir dari beberapa rumah panjang di kawasan Segan dan Jalan Hulu Sebauh ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Hulu Segan dan Dewan Suarah Bintulu semalam.

M a n g s a - m a n g s a dipindahka­n terdiri daripada orang dewasa, kanak-kanak termasuk warga emas yang sukar untuk berjalan.

Mangsa- mangsa banjir dipindahka­n melibatkan penduduk di rumah-rumah panjang di kawasan Hulu Segan, Jalan Hulu Sebauh terdiri daripada Rumah Nyaing (tujuh pintu), Rumah Giri ( enam pintu), Rumah Lenggu ( tiga pintu) dan Rumah Minit (enam pintu).

Sementara itu, SK Hulu Segan mempunyai 299 murid, 17 guru dan 10 kakitangan bukan guru tidak meneruskan sesi persekolah­an.

Menurut Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu dalam laporan terkini, kawasan sekolah terbabit dinaiki air sejak jam 12 tengah hari Isnin (kelmarin).

 ??  ?? PINDAH: Anggota bomba Bintulu memindahka­n dan membantu mangsa banjir di PPS SK Kuala Segan.
PINDAH: Anggota bomba Bintulu memindahka­n dan membantu mangsa banjir di PPS SK Kuala Segan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia