Utusan Borneo (Sarawak)

Koeman bakal dilantik pulihkan reputasi Belanda

-

membuat keputusan. Hidup akan diteruskan.” Kekalahan b e r m a k n a Chelsea masih kekal di tangga keempat dan satu mata di hadapan Tottenham Hotspur dalam saingan empat tangga teratas liga. Conte berulang kali mengadu sepanjang kempen tentang kekurangan sokongan dalam strategi pembelian pemain oleh kelab. Sekali lagi, beliau menurunkan skuad tanpa penyerang berpengala­man di Vicarage Road dengan Alvaro Morata masih direhatkan kerana kecederaan dan penyerang baharu, Olivier Giroud masih belum cukup cergas dan bermula di bangku simpanan.

Bagaimanap­un, Conte juga memberikan beberapa kritikan pedas kepada pemainnya, yang berkata mereka “bermain dengan rasa gentar”.

“Saya cuba untuk terus cuba meningkatk­an aspek yang berbeza pemain saya tetapi hari ini saya fikir permainan kami sangat buruk,” tambah Conte.

“Apa yang pasti, saya harus bertanggun­gjawab kerana mungkin saya membuat kesilapan dalam pemilihan kesebelasa­n utama.

“Untuk bermain bersama sebuah kelab besar, ia bermakna anda harus mempunyai personalit­i. Ia mudah untuk bermain apabila ada keyakinan.

“Pada masa ini, ada boleh melihat siapa bermain untuk kelab besar, bermain dengan personalit­i.”

Tugas Chelsea semakin sukar apabila pemain tengahnya, Tiemoue Bakayoko dibuang padang selepas hanya 30 minit kerana dua kad kuning dalam masa yang singkat.

Troy Deeney membuka jaringan buat Watford se- belum rehat tetapi Chelsea mengikat kedudukan dari satu rembatan Eden Hazard, lapan minit sebelum tamat permainan.

Tetapi Conte sangat kecewa apabila pasukannya bolos tiga gol pada enam minit terakhir dari gol Daryl Janmaat, Gerard Deulofeu dan Roberto Pereyra.

“Dalam separuh masa kedua, saya melihat keazaman yang tinggi tetapi dalam masa yang sama banyak kekeliruan. Kami dapat mengikat kedudukan dan saya fikir ketika itu, kami harus bijak mengawal situasi.

“Sebuah pasukan yang hebat harus melakukann­ya berbanding bolos tiga gol dalam 10 minit.”

Conte juga enggan menerima kecederaan dan keletihan sebagai sebab di atas prestasi buruk pasukannya musim ini selepas musim lepas mereka tidak terlibat dalam manamana kejohanan kelab di Eropah.

“Apa yang pasti, ia saat yang sukar dan jika kami mahu mencari alasan, ia sentiasa ada.

“Ia bukan cara saya untuk menghadapi situasi, untuk menyelesai­kan masalah.

“Pemenang mencari penyelesai­an, mereka yang tewas sentiasa mencari alasan. Dalam kehidupan saya, saya mahu menjadi pemenang.” — AFP THE HAGUE, Belanda: Bekas pengurus kelab Everton, Ronald Koeman, bakal mengisi jawatan jurulatih kebangsaan Belanda, menurut laporan berita di Belanda Isnin lepas ketika negara itu mahu memulihkan reputasi buruk mereka.

“Ronald Koeman adalah jurulatih baharu pasukan Belanda. KNVB ( badan induk bola sepak Belanda) akan memperkena­lkan beliau secara rasmi pada satu sidang media esok (Selasa),” kata agensi berita Belanda, ANP dengan merujuk sumber dalaman.

Koeman, 54, yang dipecat oleh Everton pada bulan Oktober selepas beberapa kekalahan menyebabka­n Everton jatuh ke zon penyingkir­an, akan menggantik­an Dick Advocaat – jurulatih terbaharu yang gagal mengubah nasib pasukan sejak 2014.

Advocaat dilantik pada bulan Mei tahun lepas untuk penggal ketiga sebagai jurulatih kebangsaan tetapi meletak jawatan tujuh bulan kemudian apabila Belanda gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Pelantikan Koeman sebagai jurulatih baharu tidak mengejutka­n,” kata ANP, dengan berita menambah Koeman sudah menjadi pilihan pada 2014 untuk menggantik­an Louis van Gaal, yang menyertai Manchester United walaupun membimbing Belanda ke tempat ketiga Piala Dunia 2014.

Tetapi sebaliknya, KNVB melantik Guus Hiddink, yang kemudian diganti oleh Danny Blind dan kemudian Advocaat – kesemuanya dalam tempoh tiga tahun setengah ketika pasukan kebangsaan terus diselubung­i kekecewaan gagal layak ke Euro 2016 dan Piala Dunia 2018.

Koeman, seorang pemain posisi pertahanan tengah ketika zaman sebagai pemain, beraksi 78 kali untuk Belanda di antara 1982-1994 dan menjaringk­an 14 gol. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia