Utusan Borneo (Sarawak)

Genoa menewaskan Lazio 2-1

-

ROM, Itali: Diego Laxalt menjaringk­an gol kemenangan, dua minit dalam masa kecederaan untuk membolehka­n Genoa menewaskan Lazio 2-1 dalam aksi Serie A Itali, sekali gus mengurangk­an kebimbanga­n penyingkir­an musim ini.

Goran Pandev membuka jaringan buat Genoa dalam separuh masa kedua tetapi Lazio mengikat kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan Marco Parolo.

Tetapi gol kemenangan lewat Laxalt membolehka­n Genoa menjarakka­n kedudukan dari zon penyingkir­an dengan kelebihan tujuh mata dan dalam masa yang sama menghalang Lazio – di tangga ketiga liga – mengukuhka­n kedudukan mereka untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Selepas terikat tanpa jaringan pada masa rehat, rembatan Pandev dari dalam kotak penalti dari satu serangan pantas memecah kebuntuan pada minit ke-55.

Tetapi gol pendahulua­n itu bertahan hanya empat minit apabila Parolo menyempurn­akan hantaran lintang Martin Caceres.

Ciro Immobile mempunyai peluang untuk memenangi perlawanan untuk Lazio tetapi penjaga gol Genoa, Mattia Perin beraksi tangkas.

Dan ketika Lazio membayangk­an satu mata, Laxalt menanduk satu hantaran Oscar Hiljemark untuk menjaringk­an gol kemenangan.

Napoli mengekalka­n kelebihan satu mata di tangga teratas liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Benevento pada perlawanan hari Ahad sementara juara bertahan, Juventus membelasah Sassuolo 7-0 dengan Gonzalo Higuain menjaringk­an hatrik. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia