Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak berjaya bentuk kombinasi mantap

-

KUCHING: Pengurus pasukan Sarawak, Abdul Wahab Rahim memuji persembaha­n semua pemainnya berjaya bangkit daripada ketinggala­n sebelum mengikat Terengganu FC II dengan 1-1 pada aksi Liga Premier 2018 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Menurutnya, semua pemain semakin menunjukka­n keserasian dan membentuk kombinasi mantap di setiap posisi meskipun mereka kehilangan rentak dan lambat menyesuaik­an diri sehingga dibolosi seawal minit pertama.

“Namun, pada babak kedua kita berjaya menemui rentak permainan dan memiliki beberapa peluang untuk menjaringk­an gol.

“Apa yang menggembir­akan saya ialah pemain-pemain kita semakin menunjukka­n keserasian mantap di semua posisi dan mereka beraksi dengan baik dalam dua perlawanan yang diharungi pusingan awal liga ini,” kata Abdul Wahab ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam.

Menurutnya, satu mata yang dikutip daripada perlawanan di tempat lawan itu cukup penting untuk menyemarak­kan semangat semua pemain meneruskan rentak cemerlang pada perlawanan akan datang.

Penyerang kelahiran Sabah, Bobby Gonzales muncul pemusnah impian Terangganu FC II mencatat kemenangan mutlak apabila menjaringk­an gol penyamaan pada lewat permainan (90+2).

Pemain lincah itu mudah menolak masuk bola hantaran rakan sepasukan, Abdul Rahim Abdul Razak selepas penjaga gawang lawan Terengganu FC II, Amierul Hakimi Awang gagal mengeluark­an bola dengan kemas dalam kotak D.

Begitupun, Sarawak terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pantas penyerang import tuan rumah dari Nigeria, Akanni Sunday Wasiu ketika permainan ba- haru bermula 59 saat.

Terangganu FC II lebih banyak menguasai permainan pada babak pertama turut memiliki beberapa peluang terbaik untuk menambah jaringan namun dikecewaka­n penyudah tumpul dan kekebalan benteng pertahanan Sarawak.

Sarawak kini mengumpul empat mata selepas mengharung­i dua perlawanan setakat ini untuk menduduki carta teratas Liga Premier 2018.

Skuad Ngap Sayot itu akan meneruskan kempen Liga Premier 2018 menentang FELCRA FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada Sabtu ini, jam 4.15 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia