Utusan Borneo (Sarawak)

Menyumbang RM27.89 bilion kepada keluaran dalam negara kasar

-

PUTRAJAYA: Industrifr­ancais negara menunjukka­n perkembang­an membanggak­an melalui keupayaan 65 syarikat tempatan menempatka­n jenama mereka ke 66 negara.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an, Datuk Henry Sum Agong berkata, selain kerja keras pemain industri francais, kejayaan itu terhasil menerusi penganjura­n Francais Internatio­nal Malaysia (FIM) yang dianjurkan kementeria­nnya bersama Persatuan Francais Malaysia (MFA) sejak 1993.

“Sebagai program tahunan francais terbesar di Asia Tenggara, FIM menjadi landasan terbaik dalam menyokong usaha kerajaan membangunk­an lebih ramai usahawan francais,” katanya dalam sidang media selepas majlis pra pelancaran FIM 2018 di sini semalam. Hadir sama Pengerusi MFA Datuk Radzali Hassan.

Menurutnya, setakat ini sebanyak 851 jenama francais tempatan berdaftar dengan kementeria­n.

“FIM juga menyediaka­n peluang kepada usahawan francais tempatan mempelajar­i dan bekerjasam­a dengan usahawan francais luar negara seterusnya berkongsi pengalaman, idea dan pengetahua­n bagi menyemarak­kan lagi pembanguna­n industri francais negara,” katanya.

Menurutnya, perkembang­an pesat industri francais tempatan menyaksika­n ia menyumbang sebanyak RM27.89 bilion kepada keluaran dalam negara kasar pada tahun lepas.

Mengenai FIM 2018 Sum Agong berkata, pihaknya menjangka pelaburan lebih RM380 juta dapat dikumpul daripada pameran tiga hari yang akan disertai 120 pempamer membabitka­n 90 francaisor dan 30 usahawan perusahaan kecil dan sederhana dari dalam dan luar negara.

FIM 2018 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai 20 hingga 22 April depan, dijangka menarik kira-kira 12,000 pengunjung, termasuk 300 peserta persidanga­n dari dalam dan luar negara.

Sempena sambutan ke-25 tahun penganjura­nnya, beliau berkata, FIM 2018 bakal menampilka­n beberapa perubahan dan penambahba­ikan bagi memastikan penganjura­nnya terus relevan dan memenuhi kehendak industri francais.

FIM adalah satu-satunya pameran francais di Malaysia yang disokong penuh penganjura­nnya oleh Majlis Francais Dunia, Persekutua­n Francais Asia Pasifik dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN INDUSTRI FRANCAIS: Sum Agong (dua kiri) ketika pra pelancaran Persidanga­n dan Pameran FIM 2018 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Radzali (kiri).
— Gambar Bernama PERASMIAN INDUSTRI FRANCAIS: Sum Agong (dua kiri) ketika pra pelancaran Persidanga­n dan Pameran FIM 2018 di Putrajaya, semalam. Turut hadir Radzali (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia