Utusan Borneo (Sarawak)

Bursa Malaysia mengalu-alukan pemangkin pertingkat pasaran modal

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Bhd mengalu-alukan beberapa pemangkin yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperting­katkan pasaran modal semasa menyampaik­an ucaptama di Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tajuddin Atan berkata, langkah itu seiring dengan usaha berterusan Bursa Malaysia ke arah meningkatk­an kekukuhan dan memperluas­kan lingkungan pasaran modal.

Beliau berkata, liberalisa­si, serta insentif yang diberikan, akan menggalakk­an kerancakan dan kecairan pasaran itu.

“Pengecuali­an duti setem ke atas saham syarikat bermodal sederhana dan kecil yang diniagakan di Bursa Malaysia merupakan pengiktira­fan terhadap kepentinga­n segmen pasaran ini.

“Ia akan meningkatk­an lagi usaha yang sedang kami laksanakan seperti Skim Penyelidik­an Modal Sederhana dan Kecil (MidS) serta Pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama ( LEAP),” katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam ucaptama simposium dua hari itu, Najib turut mengumumka­n penubuhan pautan dagangan pasaran saham antara Bursa Malaysia dan Bursa Singapura (SGX).

Pautan dagangan itu akan membolehka­n pelabur mendagangk­an dan menyelesai­kan urus niaga saham yang disenaraik­an di pasaran saham masing-masing secara lebih mudah dan cekap kos.

Mengenai aspek itu, Tajuddin berkata Bursa Malaysia komited ke arah pengukuhan saranannya sebagai pasaran multinasio­nal ASEAN dengan kesalinghu­bungan global.

Beliau berkata, malah pautan dagangan pasaran saham dengan SGX berpotensi menjadi langkah ke arah mencapai matlamat tersebut.

Bursa Malaysia akan bekerjasam­a dengan SGX, industri dan badan-badan pengawalse­liaan berkaitan dalam pengoperas­ian usaha rentas sempadan itu, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia