Utusan Borneo (Sarawak)

Walaupun mampu menyuntik kestabilan, mereka juga berisiko catat prestasi merosot atau terlalu selesa

-

KUALA LUMPUR: Kalangan pemimpin sektor korporat, termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak harus kekal dalam jawatan sama bagi tempoh melebihi 10 tahun, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Menurutnya, walaupun CEO yang lama berkhidmat mampu menyuntik kestabilan kepada sesebuah syarikat namun mereka juga berisiko mencatat prestasi yang semakin merosot atau menjadi terlalu selesa.

“Hasil penyelidik­an turut menunjukka­n bahawa prestasi kebanyakan syarikat yang dipimpin CEO sama melebihi 10 tahun tidaklah sebaik prestasi mereka sewaktu 10 tahun pertama menggalas jawatan itu.

“Jika individu itu bagus sekali pun, anda sepatutnya memberinya peluang untuk menyandang peranan lebih utama atau menerajui organisasi lebih besar,” katanya pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia di sini, semalam.

Berkongsi pandangan selanjutny­a, Abdul Wahid berkata adalah penting bagi organisasi untuk sering menyuntik nafas baharu dari semasa ke semasa, termasuk mengehadka­n tempoh jawatan pemimpinny­a.

Malah, beliau berkata, organisasi perlu memberi peluang kepada golongan muda untuk mengambil alih tugas sebagai peneraju bagi mendapatka­n persekitar­an kerja lebih segar dan berbeza.

“Saya rasa ini penting untuk memperbaha­rui komitmen terhadap pemimpin akan datang selain berani memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menggalas jawatan lebih penting seperti CEO,” katanya.

Persidanga­n dua hari ber- mula semalam, adalah anjuran bersama Universiti Teknologi MARA ( UiTM), Institut Kepimpinan dan Pembanguna­n UiTM dan Global Leadership Dynamics Asia.

Antara penceramah terkemuka pada acara itu adalah Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia Tan Sri Zarinah Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporatio­n Malaysia Datuk Hafsah Hashim, Pengarah Urusan Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib dan pereka fesyen Hatta Dolmat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI PANDANGAN: Abdul Wahid menyampaik­an dasar ucapan semasa Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia di Sime Darby Pusat Konvensyen semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI PANDANGAN: Abdul Wahid menyampaik­an dasar ucapan semasa Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia di Sime Darby Pusat Konvensyen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia