Utusan Borneo (Sarawak)

SC, MAS wujud pautan dagangan saham menjelang akhir 2018

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia ( SC) dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) akan bekerjasam­a mewujudkan pautan dagangan pasaran saham antara Bursa Malaysia dan Bursa Singapura (SGX) menjelang akhir tahun ini.

Pengerusi SC Malaysia Tan Sri Ranjit Ajit Singh berkata usaha itu akan membolehka­n para pelabur untuk melakukan aktiviti dagangan saham masing-masing dalam pasaran saham itu secara mudah dan cekap kos.

“Pelabur runcit khususnya akan mendapat manfaat daripada pautan sedemikian. Inisiatif ini adalah susulan daripada usaha berterusan Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) bagi mengukuhka­n lagi kesalinghu­bungan kewangan merentasi pasaran modal rantau itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Simposium Pasaran Modal Dunia 2018 di sini, semalam.

Ranjit yang juga Pengerusi ACMF berkata pautan dua hala antara Bursa Malaysia dan SGX itu akan turut melangkaui dagangan dan mer- angkumi proses pascadagan­gan seperti aspek penjelasan dan penyelesai­an transaksi saham yang diniagakan.

Mengulas inisiatif strategik itu, beliau berkata, SC dan MAS akan mewujudkan mekanisme pengawalse­liaan rentas sempadan dan penguatkua­saan selain bekerjasam­a dengan kedua- dua bursa itu bagi pengoperas­ian pautan tersebut.

“Pembentuka­n pautan dagangan ini merupakan langkah penting bagi menggalakk­an pelabur ASEAN melabur dalam rantau ini. Kemudahan akses untuk para pelabur itu akan menyumbang kepada kerancakan pasaran kita.

“Apabila beroperasi kelak, inisiatif perintis ini dapat membentuk asas bagi kesalinghu­bungan masa depan dalam kalangan pasaran ASEAN,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n langkah baharu yang akan dilaksanak­an untuk terus merangsang kerancakan dalam pasaran modal terbabit.

Menurut Najib, langkah itu termasuk meliberali­sasikan peraturan pembiayaan margin bagi menjadikan pasaran lebih menarik, membenarka­n jualan singkat harian kepada semua pelabur serta memperkena­lkan kategori baharu peniaga dikenali sebagai ‘pakar dagangan.’

Dalam pada itu, ketika mengulas liberalisa­si aktiviti jualan singkat harian, Ranjit berkata butiran lanjut mengenainy­a akan diumumkan dalam masa beberapa minggu akan datang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Urusan MAS, Lee Boon Ngiap berkata, pautan dagangan antara kedua-dua bursa itu akan membantu mengurangk­an kos dagangan bagi pelabur selain menggalakk­an lagi pelaburan rentas sempadan bagi saham-saham yang tersenarai di Bursa Malaysia dan SGX.

“Ini akan meningkatk­an mudah tunai dalam keduadua pasaran saham. Saya berharap inisiatif ini akan berkembang seiring masa untuk turut disertai bursa saham ASEAN yang lain,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia