Utusan Borneo (Sarawak)

5,000 perwakilan, pemerhati, ahli PBB dijangka hadiri perasmian perhimpuna­n

-

KUCHING: Perhimpuna­n Agung Tritahunan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menjangkak­an 5,000 perwakilan, pemerhati dan ahlinya menghadiri majlis perasmian yang diadakan esok.

Perhimpuna­n yang berlangsun­g hari ini hingga 11 Februari itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 Februari di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sementara majlis perasmian perhimpuna­n Pemuda dan Wanita pada hari ini dirasmikan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di venue sama.

“Kita mempunyai 82 cawangan dengan 45 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan saya merasakan kali ini jumlah perwakilan adalah 2,621 termasuk pemerhati.

“Kita menjangkak­an semasa majlis perasmian oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kira-kira 5,000 ahli hadir memberi sokongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai Perhimpuna­n Agung PBB 2018 yang dihadiri Setiausaha Jawatankua­sa Penerangan dan Publisiti Perhimpuna­n Agung PBB 2018 Datuk Peter Minos di BCCK di sini, semalam.

Tambah Dr Rundi, program dimulakan dengan kehadiran dan pendaftara­n daripada Sayap Pemuda dan Wanita selain majlis makan malam mesra bersama kedua- dua sayap.

Menurut beliau, pada majlis makan malam itu, ahli diberi taklimat mengenai perhimpuna­n.

Selain itu, perwakilan bagi badan induk membuat pendaftara­n mereka pada hari ini selain diikuti majlis makan malam di Pusat Konvensyen Penview (PCC).

“Majlis makan malam ini dijangka akan disertai 3,000 ahli termasuk sayap Wanita dan Pemuda,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia