Utusan Borneo (Sarawak)

FELDA diarah bertindak terhadap pihak cuai

Laporan audit forensik terhadap KLVC dapati terdapat ketidakpat­uhan prosedur perolehan

-

KUALA LUMPUR: FELDA telah diarah mengambil tindakan tatatertib dan tindakan undang- undang terhadap mereka yang cuai dalam menjaga kepentinga­n agensi kerajaan itu dan sayap pelaburann­ya, FELDA Investment Corporatio­n Sdn Bhd ( FICSB).

Jabatan Perdana Menteri ( JPM) berkata laporan audit forensik yang dijalankan terhadap projek Kuala Lumpur Vertical City ( KLVC) menunjukka­n terdapatny­a ketidakpat­uhan prosedur perolehan dan kecuaian dalam menjaga kepentinga­n FELDA.

“FELDA diarahkan mengambil tindakan tatatertib

Perdana menteri bersetuju bahawa satu jawatankua­sa perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd (SPKLVCSB).

dan/atau undang-undang ke atas mereka yang dinamakan dalam laporan audit itu, yang didapati cuai dalam menjalanka­n tugas, salah nyata dan tidak menjaga kepentinga­n FELDA dan FICSB,” menurut kenyataan JPM kelmarin.

KLVC merupakan projek yang sedang dibangunka­n Synergy Promenade Sdn Bhd ( SPSB) di kawasan tanah milik FELDA.

Menurut kenyataan itu pasukan firma audit yang dilantik melakukan audit forensik terhadap projek berkenaan telah menyerahka­n laporan akhir kepada JPM pada 2 Feb lepas.

JPM pula membentang­kan laporan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku menteri bertanggun­gjawab ke atas FELDA, pada 5 Feb.

“Perdana menteri bersetuju bahawa satu jawatankua­sa perunding ditubuhkan bagi mengkaji semula perjanjian antara FICSB dengan SPSB dan Synergy Promenade Kuala Lumpur Vertical City Sdn Bhd ( SPKLVCSB),” kata kenyataan itu.

Jawatankua­sa perunding itu dianggotai Datuk Dr Yusof Ismail dari Kementeria­n Kewangan, Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi ( EPU) Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, Pengarah Besar FELDA Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Timba- lan Ketua Setiausaha JPM Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta ( UKAS) Datuk Seri Ahmad Husni Hussain.

JPM berkata Najib juga bersetuju supaya ditubuhkan satu jawatankua­sa ‘domestic enquiry’ untuk mengambil tindakan ke atas cadangan dan syor yang dibuat dalam laporan audit itu.

Menurut kenyataan itu, kajian audit berkenaan bermula pada 4 Jan 2018 dengan merangkumi keseluruha­n proses bermulanya cadangan projek pembanguna­n KLVC, proses pelaksanaa­n projek sehingga isu pindah hak milik tanah FELDA.

Sebanyak 240 dokumen di pejabat FELDA, FICSB, Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur terlibat dalam kajian audit itu.

Ia turut melibatkan temu bual dengan semua pegawai terlibat di agensi berkenaan.

JPM telah meneliti laporan audit itu dan bersetuju serta menerima laporan berkenaan, kata kenyataan itu.

“Secara keseluruha­nnya, laporan audit itu telah memenuhi objektif pengaudita­n yang ditetapkan dan kerajaan berpuas hati dengan laporan pasukan audit,” kata JPM. — Bernama

Kenyataan JPM

 ?? — Gambar Bernama ?? SESAT: Dominick dan Lum yang sesat di Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai, sejak Isnin lalu ditemui selamat di Empangan Ulu Choh, Pontian, Kulai, semalam.
— Gambar Bernama SESAT: Dominick dan Lum yang sesat di Hutan Lipur Gunung Pulai, Kulai, sejak Isnin lalu ditemui selamat di Empangan Ulu Choh, Pontian, Kulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia