Utusan Borneo (Sarawak)

SK Jalan Bintang Miri anjur larian pada 15 April ini

-

MIRI: Orang awam termas- uk pelajar sekolah menengah dan rendah di sini dijemput untuk mengambil bahagian dalam acara larian Bintang Run 2018 anjuran Sekolah Kebangsaan ( SK) Jalan Bintang.

Dianjurkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) sekolah, larian amal ini bertujuan mengutip dana bagi membina dewan serbaguna sekolah tersebut.

Larian tersebut akan berlangsun­g pada 15 April ini di Marina Park City, dengan acara pelepasan peserta bermula jam 6.45 pagi.

Larian dibahagika­n kepada tiga kategori iaitu terbuka untuk lelaki dan wanita dewasa berusia 18 tahun ke atas; remaja sekolah menengah ( lelaki dan per- empuan) berusia 13 hingga 17 tahun dan kanak- kanak sekolah rendah ( lelaki dan perempuan) berusia tujuh hingga 12 tahun.

Yuran penyertaan untuk semua kategori ialah RM50 seorang dan setiap peserta yang berdaftar akan diberikan pek larian yang disertakan bersama baju- T bercorak menarik.

Jurucakap jawatankua­sa penganjur berkata, bagi sekolah yang berminat untuk menghantar penyertaan, mereka perlu menghantar minimum 20 penyertaan dan haruslah disertai borang perakuan yang dikepilkan bersama surat persetujua­n ibu bapa pelajar yang disediakan pihak sekolah masing masing.

“Jarak larian ialah lima kilometer untuk semua kategori dan semua peserta perlu mengikut laluan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur,” katanya, sambil menambah semua peserta diwajibkan mendapatka­n penanda pertama daripada petugas di bahagian khemah urusetia.

Dalam pada itu katanya, mereka yang sudah menghantar borang penyertaan bersama yuran boleh mendapatka­n pek larian masingmasi­ng di pejabat SK Jalan Bintang Miri pada 12 dan 13 April mulai jam 8 pagi hingga 5 petang.

Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dikembalik­an kepada pihak penganjur sebelum atau pada tarikh tutup 15 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia