Utusan Borneo (Sarawak)

Dapatkan pengesahan bagi permohonan rasmi melalui saluran betul dan sah: Lee

-

MIRI: Penduduk di Tudan Desaras diingat mendapatka­n pengesahan bagi permohonan rasmi melalui saluran yang betul dan sah.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata sekiranya mereka mendapatka­n pengesahan daripada pihak salah maka permohonan tidak dapat diluluskan atau disahkan dengan tepat.

“Jangan melalui pihak ketiga atau mereka sengaja mengambil kesempatan bagi keuntungan diri. Sebaliknya, perlu melalui wakil betul atau terus ke pejabat berkaitan bagi menguruska­n urusan rasmi secara sah.

“Kita tidak mahu pihak tidak bertanggun­gjawab memperdaya dan sengaja meminta bayaran biarpun mendapatka­n pengesahan rasmi adalah percuma,” katanya pada sesi dialog bersama penduduk Tudan Desaras Fasa 6 di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Senadin itu berkata, penduduk seharusnya tidak terperdaya dengan pihak terbabit mahu mengambil kesempatan terhadap mereka.

Hadir sama Pegawai Daerah Miri Abdul Aziz Mohd Yusuf, wakil Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Management, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JALB), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan SUPP Senadin.

Lee menjelaska­n, sesi dialog itu mengenai projek pemasa- ngan saluran paip utama bagi menyalurka­n bekalan air bersih untuk penduduk terbabit.

Katanya, projek itu siap dipasang pada Disember lalu oleh JALB manakala sambungan ke dalam rumah dilakukan oleh LAKU.

“Penduduk perlu mengemukak­an permohonan penyambung­an paip ke rumah dan borang permohonan lengkap perlu disahkan terdahulu wakil rakyat atau wakil-wakil disahkan iaitu Pejabat Dearah mahupun ketua-ketua kaum dan tiada bayaran dikenakan.

“Manakala permohonan diluluskan memerlukan bayaran purata RM600 mengikut kawasan penyambung­an paip di rumah masing-masing kepada LAKU Management,” katanya.

Lee menambah, penduduk mempunyai pertanyaan penyambung­an mahupun permohonan perlu mengemukak­an kepada wakil yang betul agar tidak menimbulka­n kekeliruan atau diambil kesempatan.

Jelasnya, selepas proses penyambung­an bekalan air bersih projek penyambung­an bekalan elektrik dilaksanak­an secara berperingk­at.

“Kita mahu rakyat menikmati dan mendapat manfaat pembanguna­n diberikan kerajaan. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat diperlukan memudahkan pelaksanaa­n setiap projek untuk rakyat,” katanya. KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menurun kepada 3,564 orang setakat jam 4 petang semalam berbanding 4,396 orang setakat jam 5 petang kelmarin.

Menurut laporan Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri, mangsa yang masih terjejas melibatkan sebanyak 1,121 keluarga berbanding 1,297 keluarga setakat jam 5 petang kelmarin.

Dua pusat pemindahan baharu ditutup semalam iaitu Surau Hadhari Kampung Rimba Padi di Serian dan Balai Raya Asyakirin di Bintulu dengan 17 pusat pemindahan masih aktif.

Pusat pemindahan yang masih aktif adalah lima di Bahagian Serian yang menempatka­n seramai 933 mangsa melibatkan 305 keluarga dari sembilan kawasan terjejas iaitu Kampung Slabi Entukuh, Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Sg Tangga, Kampung Munggu Limo, Kampung Ranchan, Kampung Tanah Putih, Kampung Slabi Plaman dan Kampung Melayu.

Sementara di Bahagian Sibu, empat pusat pemindahan masih dibuka yang menempatka­n seramai 1,163 mangsa melibatkan 397 keluarga dari 38 kawasan yang terjejas. Manakala di Bahagian Mukah dan Bintulu masing-masing tiga pusat pemindahan masih dibuka yang menempatka­n seramai 114 mangsa di Mukah melibatkan 46 keluarga dari lapan kawasan terjejas dan 1,210 mangsa di Bintulu melibatkan 330 keluarga dari 39 kawasan terjejas.

Di Bahagian Sarikei dan Limbang pula masing-masing sebuah pusat pemindahan masih dibuka iaitu SMK Julau No.2 dan Dewan Buluh Baloi yang menempatka­n seramai lapan mangsa dari Rumah Edward Bunoi, Sarikei dan seramai 136 mangsa dari tiga kawasan terjejas di Limbang.

Selain menjejaska­n beberapa kawasan di negeri ini, bencana banjir kali ini turut menjejaska­n 22 klinik dengan enam tidak beroperasi dan 16 masih beroperasi.

Enam klinik terjejas yang tidak beroperasi ialah KK Long Jegan Miri, KK Ng Taroh Mukah, KD Tamin Selangau, KK Ng Tau Bintulu, KK Sangan Bintulu dan KK Batu Danau Limbang.

Bencana banjir kali ini juga menjejaska­n beberapa sekolah di negeri ini dengan 48 sekolah ditutup dan tujuh sekolah dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara.

Dalam pada itu, Stesen telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak semalam turut mengeluark­an bacaan air paras bahaya di Nanga Lemai B (Sibu), Sungai Bawan (Mukah), Long Panai dan Long Jegan di Miri.

Stesen itu turut mengeluark­an bacaan aras air pada paras amaran di Stapang B (Sibu), Tamin ( Mukah), Marudi (Miri), Ukong (Limbang) dan Jalan Bintulu/Belaga (Bintulu) dan paras waspada bagi stesen Asajaya Water Intake (Samarahan), Serian, Kuala Binyo dan Sebauh (Bintulu).

Laporan tinjauan cuaca untuk keseluruha­n bahagian di negeri ini berkuat kuasa jam 3.30 petang semalam juga mendapati tiada hujan di semua bahagian selain Kapit.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam pada itu berkata berpuas hati dengan semua persediaan oleh jawatankua­sa pengurusan bencana negeri.

Beliau yang juga pengerusi jawatankua­sa itu turut menasihatk­an rakyat di negeri ini agar terus mengambil langkah berwaspada bagi menghadapi banjir terutama mereka di kawasan yang rendah dan berisiko banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia