Utusan Borneo (Sarawak)

Benteng laut RM9.2 juta akan atasi hakisan, banjir di Kampung Buntal

-

KUCHING: Masalah hakisan dan banjir di Kampung Buntal dekat sini bakal diatasi sebaik projek pembinaan benteng laut dengan peruntukan RM9.2 juta siap dilaksanak­an dalam tahun ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, majlis pecah tanah bagi projek itu akan diadakan pada Mac ini dan diyakini dapat siap lebih awal daripada jadual.

Selain pembinaan benteng laut katanya, kementeria­n juga telah meluluskan RM4 juta bagi kerja-kerja mendalamka­n sungai di Kampung Buntal untuk memudahkan golongan nelayan.

“Apabila benteng ini siap nanti, secara sendirinya akan mengatasi semua masalah di kampung dan menyelamat­kan penduduk daripada gelombang laut serta banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan ke beberapa lokasi fenomena banjir laut bermula dari Telok Melano, diikuti Pekan Lundu sebelum ke Kampung Buntal semalam.

Turut hadir pada lawatan tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Malaysia Datuk Ir Dr Md Nasir Md Noh.

Wan Junaidi turut dijadual ke Sebuyau bagi taklimat yang sama sebelum kembali ke Kampung Goebilt di Muara Tebas pada sebelah petang.

Ahli Parlimen Santubong itu menambah, selain dua projek tersebut beliau juga telah meminta supaya kajian dibuat untuk Pelan Induk Kampung Buntal.

Kampung Buntal katanya, akan menjadi sebuah perkampung­an yang menarik dari segi pelanconga­n kerana selepas benteng itu siap kelak ia akan menyediaka­n ruang dataran yang luas untuk pelbagai aktiviti ekonomi seperti pusat bagi makanan laut.

Berhubung masalah banjir di Sebuyau pula, Wan Junaidi berkata beliau akan membawa perkara itu untuk dibincangk­an bersama Ketua Pengarah JPS Malaysia.

Pelan bagi mengatasi masalah fenomena air pasang besar di Sebuyau sudah ada dengan sumber kewangan RM32 juta yang akan diperincik­an lagi untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? TANGANI BANJIR: Wan Junaidi (tengah) bercakap kepada pemberita di Kampung Buntal semalam. Turut kelihatan Nasir (kiri) dan Penghulu Madali Sah.
TANGANI BANJIR: Wan Junaidi (tengah) bercakap kepada pemberita di Kampung Buntal semalam. Turut kelihatan Nasir (kiri) dan Penghulu Madali Sah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia