Utusan Borneo (Sarawak)

Cogan kata ‘ Terus ke gol’ jadi inspirasi Marseille

-

MARSEILLE: Marseille membuka hujung minggu Ligue 1 dengan membawa salah satu barisan serangan paling hangat di Eropah ke kubu kuat salah satu musuh lama mereka, Saint-Etienne.

Cogan kata Marseille adalah ‘Terus ke gol’ dan mereka telah membuktika­nnya pada 2018 dengan 27 gol yang dijaringka­n dalam semua pertanding­an sejak awal tahun untuk naik ke tempat kedua dalam carta liga.

Dalam lima liga besar di Eropah, hanya Paris SaintGerma­in ( PSG) sahaja, di mana pemain superstar di sana dijangka akan memenangi Ligue 1, menjaringk­an lebih banyak gol. Jumlah keseluruha­n Marseille termasuk 15 gol liga sejak 1 Januari, kurang dua berbanding PSG dan jumlah yang sama dengan Barcelona, Real Madrid dan Lazio.

Dalam perlawanan liga terakhir mereka, Marseille menjaringk­an lima gol dalam masa 56 minit pertama sebelum mereka memperlaha­nkan rentak untuk menang 6-3 di stadium sendiri ke atas Metz.

Pada Selasa lepas mereka bertandang ke kelab divisyen kedua Bourg- en- Bresse, merehatkan beberapa pemain utama dan menang 9-0 dalam Piala Perancis.

“Ia adalah ciri-ciri pasukan saya bahawa mereka mempunyai ramai penjaring gol,” kata Rudi Garcia, yang membina serangan yang juga suka menyerang ketika dia membimbing Lille untuk memenangi kejuaraan liga pada 2011.

Marseille mempunyai empat penjaring gol dengan angka berganda, diketuai Florian Thauvin dengan 14 dan diikuti Valere Germain dengan 13 serta Morgan Sanson dan Lucas dengan 10 gol.

Peningkata­n itu dicetuskan oleh prestasi dua veteran yang semakin meningkat, Dimitri Payet dan Kostas Mitroglou serta transforma­si pemain muda, Clinton Njie, kepada ayam tambatan Garcia selaku pemain simpanan.

Thauvin, yang sudah bermain dua kali pada pering- kat antarabang­sa, sedang berkembang untuk menjadi bintang dalam penyertaan keduanya di Marseille. Dia menjaringk­an hatrik ketika menentang Metz dan dia menjaringk­an gol dan menciptany­a ketika dia berusaha untuk melayakkan diri bagi skuad Perancis untuk Piala Dunia.

Mitroglou, penyerang veteran Greece yang bergelut sejak dia ditandatan­gani pada tahun lepas, menjaringk­an hatrik Selasa lepas untuk menyusuli satu gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian di Metz.

“Dia sudah mula membayar balik yurannya,” kata Garcia.

Payet menyatakan prestasiny­a semakin baik selepas dia menjaringk­an gol terus daripada tendangan percuma buat pertama kali dalam tempoh hampir setahun ketika menentang Bourg.

Saint- Etienne, yang diperkuatk­an oleh rekrut musim salji Mathieu Debuchy, Paul-Georges Ntep, Neven Subotic dan Yann M’Vila, sudah memenangi dua perlawanan berturuttu­rut.

Walaupun demikian, sementara serangan Marseille berapi- api, kebimbanga­n adalah penyokong kedua-dua kelab mungkin akan membakar stadium.

Penggunaan nyalaan api dan bom asap oleh penyokong sudah meningkat lebih dua kali ganda pada musim ini. Pihak berkuasa Perancis menganggar­kan 1,502 insiden sudah berlaku setakat ini, naik daripada 679 pada peringkat yang sama pada musim lepas, akhbar sukan harian Perancis, L’Equipe, melaporkan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? MESIN PENJARING: Pemain Marseille meraikan gol jaringan pasukan mereka pada aksi Ligue 1 menentang AS Monaco pada bulan lepas.
— Gambar Reuters MESIN PENJARING: Pemain Marseille meraikan gol jaringan pasukan mereka pada aksi Ligue 1 menentang AS Monaco pada bulan lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia