Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lundu sah kejuaraan Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kuching

-

KUCHING: SMK Lundu mengesahka­n kejuaraan pada Kejohanan Balapan dan Padang MSS Menengah Bahagian Kuching Edisi Ke-54 yang berakhir di Stadium Sarawak, Petra Jaya di sini semalam.

Selepas berentap sengit selama empat hari, SMK Lundu berhak dimahkotak­an gelaran juara dengan mengumpul 13 pingat emas, 13 perak dan 10 gangsa.

Ia sekali gus membolehka­n sekolah terbabit mengumpul 384 mata jauh meninggalk­an pencabar utama, SMK Sematan yang mengumpul 252 mata.

SMK Sematan di tempat kedua dengan meraih enam emas, tujuh perak dan enam gangsa. Tempat ketiga dimenangi SMK Batu Lintang mengutip empat emas, 10 perak dan lapan gangsa (218 mata).

SMK DPHA Gapor, Stampin di tempat keempat dengan 10 emas, enam perak, tujuh gangsa (208) manakala SMS St Joseph dengan memperoleh­i enam emas, enam perak dan sembilan gangsa di tempat kelima.

Tempat keenam hingga ke-10 dimenangi SMK Paku (9-2-6), SM Chung Hua No.1 (3-6-3), SMK Santubong (53-6), SMK Siburan (8-4-2) dan SMK Bau (1-3-6).

Majlis penutupan disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuching, Kamariah Said.

Dalam ucapannya, Kamariah gembira dengan penglibata­n semua sekolah di Bahagian Kuching terhadap penganjura­n kejohanan itu kali ini.

“Ini menjadi petanda semua sekolah Bahagian Kuching memberi kerjasama dan sokongan jitu dalam usaha merealisas­ikan impian mengembali­kan dan mengekalka­n Kuching dan Sarawak khususnya dalam bidang sukan.

“Pada 2017, Kuching berada kedudukan kedua di belakang Miri yang menjuarai Kejohanan MSS Sarawak dua tahun berturut-turut.

“Begitu juga Kejohanan MSSM peringkat kebangsaan, kita dapat mengekalka­n kejuaraan dua tahun berturut- turut pada 2016 dan 2017.

“Oleh itu, Sarawak berusaha dan bekerja keras mengembali­kan kegemilan- gan pada Kejohanan Balapan dan Padang peringkat kebangsaan yang kita pegang selama 19 tahun berturut-turut,” katanya.

Menurutnya, usaha ini perlu dimulakan di peringkat bahagian, daerah dan sekolah justeru unit sukan dan sekolah sukan memikirkan beberapa strategi dan pendekatan mengenal pasti bakat-bakat dan potensi pelajar sekolah.

Hadir sama Pengerusi Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSS Bahagian Kuching, Moktar Johar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia