Utusan Borneo (Sarawak)

Namakan anak

-

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melepaskan lebih 2,500 peserta termasuk kira-kira 100 artis yang menyertai ‘Seniman Charity Fun Run 2018’ di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Program anjuran Persatuan Seniman yang bermula seawal 7 pagi itu berlangsun­g di perkaranga­n Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Ulu Klang.

Terdahulu, Salleh bersama Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib turut menyertai senaman zumba bersama para peserta sebelum acara larian dimulakan.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata program yang julung kali dianjurkan itu bertujuan membantu artis yang kurang bernasib baik.

“Menerusi program dengan kerjasama Finas ini, kita dapat mengumpul dana yang mana setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM60 untuk baju, medal dan sijil.

“Program ini juga memberi peluang kepada artis dan orang ramai untuk berjumpa secara lebih dekat dan kita juga akan mengadakan pelbagai program seperti program hari raya dan Hari Seniman yang melibatkan artis dan orang ramai,” katanya.

Selain larian amal sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer tersebut, Zed Zaidi berkata pihaknya turut mengadakan jualan produk tempatan, aktiviti senam robik seperti zumba dan cabutan bertuah.

Sementara itu, artis veteran Mubarak Majid, 61, berkata program tersebut memberi peluang kepada artis lama untuk kembali aktif.

“Program ini cukup bagus, selain kita beriadah untuk kesihatan, artis veteran juga dapat berjumpa dengan orang ramai dan kita juga dapat membantu artis yang memerlukan.

“Ia merupakan penghargaa­n buat artis lama yang mungkin tidak lagi aktif kerana faktor kesihatan… sekurangku­rangnya golongan ini tidak rasa terpinggir bila dibantu,” katanya. — Bernama IA bukan rahsia yang dapat disimpan tetapi Kylie Jenner masih mampu mencetuska­n sensasi di internet apabila akhirnya mengesahka­n beliau sudah melahirkan bayi perempuan bersamasam­a pasanganny­a, penyanyi rap, Travis Scott pada Ahad minggu lepas.

Pengumuman itu sudah diramalkan selama beberapa minggu dalam majalah selebriti sebahagian­nya kerana bintang TV realiti berusia 20 tahun itu sudah mengharung­i satu tempoh lama dan jarang untuk tidak mengeluark­an apaapa menerusi media sosial atau media arus perdana.

“Kehamilan saya adalah apa yang saya pilih untuk tidak lakukan di hadapan dunia,” kata beliau ketika menulis menerusi laman sosial Instagram ketika mengumumka­n kelahiran anak

perem- puannya, di mana status beliau dengan pantas menerima 8.3 juta ‘Like’.

“Saya tahu anak saya akan berasa tertekan dan beremosi. Jadi saya memilih untuk melakukan cara sebegini untuk anak saya dan untuk kegembiraa­n kami,” tambah beliau.

Pengumuman dibuat berikutan dengan perancanga­n berhatihat­i mengelak media sosial dalam keluarga di mana kehidupan mereka didedahkan menerusi rancangan realiti TV – dan menaja barangan – yang bertukar menjadi industri lumayan.

Kylie mengeluark­an video selama 11 minit dalam YouTube mendokumen­tasi kehamilann­ya, lengkap dengan bunyi ultra, gambar swafoto dan kemunculan kakakkakak­nya, yang mendapat tontonan lebih 17 juta dalam 12 jam pertama dikeluarka­n.

Siaran Instagram mengumumka­n kehamilan dengan pantas menjadi siaran ke-10 dengan ‘like’ paling banyak dalam platform media sosial.

Bayi selebriti dipaparkan dalam Instagram adalah siaran paling popular.

Siaran mendahului ‘like’ adalah dari bulan November apabila bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo mengumumka­n kelahiran anak keempatnya yang mendapat 11.3 juta ‘like’.

Siaran untuk bintang pop, Beyonce dan kakak tiri Jenner, Khloe Kardashian ketika mengumumka­n kelahiran atau kehamilan adalah antara yang dalam 10 terbanyak.

Dan pada Selasa lepas, Kylie memuat naik sekeping gambar jarak dekat pertama anaknya yang memakai pakaian warna merah jambu dan jari munggilnya memegang erat jari Kylie di akaun Instagram dengan keterangan ringkas hanya ‘stormi’.

Stormi, yang dilahirkan di Los Angeles pada 1 Februari, adalah kedua daripada tiga tambahan baharu dalam klan Kardashian tahun ini.

Kakak tirinya, Kim Kardashian dan suaminya penyanyi rap Kanye West mengumumka­n kelahiran anak ketiga mereka pada Januari lepas, iaitu seorang anak perempuan yang mereka panggil Chicago dan dilahirkan menerusi ibu tumpang.

Seorang lagi kakak tiri Kylie, Khloe Kardashian, kini sedang hamil tujuh bulan anak pertamanya bersama teman lelakinya, pemain bola keranjang Tristan Thompson.

Stormi menyertai sepupu-sepupu Kardashian­nya seperti North, Saint, Reign, Dream, Mason dan Penelope. — Agensi

 ??  ??
 ??  ?? ZED ZAIDI
ZED ZAIDI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia