Utusan Borneo (Sarawak)

Syarikat upah pekerja usia lebih 60 tahun disaran kemuka cadangan dapatkan insentif tertentu

-

CYBERJAYA: Syarikat-syarikat yang mengupah pekerja berusia lebih 60 tahun disaran mengemukak­an cadangan untuk mendapatka­n insentif tertentu, kata Pengerusi Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Mohd Irwan, yang juga Ketua Setiausaha Perbendaha­raan berkata mengambil pekerja yang berusia lebih 60 kembali bekerja akan membolehka­n golongan muda meneroka aktiviti lain yang boleh membawa inovasi kepada negara selain mewujudkan perangkuma­n sosial.

Menurutnya, beliau akan mengemukak­an cadangan tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka yang berusia lebih 60 tahun itu telah bekerja sepanjang hayat mereka dan kadang-kadang, duduk di rumah akan menjadikan mereka tertekan.

“Jadi kita boleh membawa mereka bekerja di sektorsekt­or tertentu,” katanya semasa pelancaran Hari Impak Keusahawan­an Perangkuma­n Sosial dan Dinamik Malaysia (MasSIVE) MaGIC, di sini, kelmarin.

Mohd Irwan berkata menjelang akhir tahun ini penggunaan teksi autonomi akan dilaksanak­an di Cyberjaya dengan kereta pertama telahpun berada di kampus MaGIC.

MaGIC dalam satu kenyataan berkata Hari Impak MasSIVE menyediaka­n ruang bagi usahawan, korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan sektor awam serta orang ramai untuk berkumpul dan menyertai dalam inisiatif kerjasama yang boleh mewujudkan impak sosial dan ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia