Utusan Borneo (Sarawak)

Sime Darby Plantation sasar manfaat operasi RM550 juta

-

KUALA LUMPUR: Sime Darby Plantation Bhd menyasarka­n untuk mewujudkan manfaat kecemerlan­gan operasi bernilai RM550 juta menjelang akhir tahun kewangan 2022 menerusi pelaksanaa­n Kecemerlan­gan Operasi dan Strategi Inovasi Pengurusan Perniagaan 2.0 (OEIBMS 2.0).

Timbalan Pengerusi Eksekutif merangkap Pengarah Urusannya, Tan Sri Mohd Bakke Salleh berkata manfaat itu dalam bentuk penjimatan kos, usaha mengelak kos dan peningkata­n penjanaan hasil yang diraih menerusi pelaksanaa­n pelbagai projek di bawah program ‘ Lean Six Sigma’ ( LSS) syarikat berkenaan.

“Menerusi OEIBMS 2.0, kita bersedia untuk meneruskan tumpuan dan usaha semampu mungkin ke arah kecemerlan­gan operasi serta produktivi­ti dan pada masa sama dapat menyelaras matlamat untuk muncul sebagai peneraju penggiat minyak sawit bersepadu global,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Kemuncak Kecemerlan­gan Operasi dan Produktivi­ti Sime Darby Plantation (OPEX) di sini, semalam.

Sidang kemuncak itu dirasmikan oleh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengulas lanjut, Mohd Bakke juga optimis OEIBMS 2.0 Sime Darby Plantation itu akan mencapai lebih 57 peratus daripada manfaat kecemerlan­gan operasi bernilai RM351 juta sepanjang lima tahun di bawah pelaksanaa­n Strategi Pengurusan Perniagaan LSS yang dilancarka­n pada 2013.

Setakat akhir 2017, kumpulan itu mencapai manfaat terkumpul sebanyak RM967 juta, melangkaui sasaran awal sebanyak RM775 juta.

Sejumlah RM351 juta daripada manfaat itu disumbang oleh Sime Darby Plantation iaitu melebihi 42 peratus daripada sasaran terkumpul kumpulan sebanyak RM245 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia