Utusan Borneo (Sarawak)

Netherland­s bantah larangan EU ke atas minyak sawit

-

KUALA LUMPUR: Netherland­s menyertai beberapa negara anggota Kesatuan Eropah ( EU) lain yang membantah cadangan parlimen blok itu mengenakan sekatan ke atas minyak sawit.

Malah, tegas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pembanguna­n Kerjasama Netherland­s, Sigrid Kaag, negara itu tidak menyokong sebarang langkah diskrimina­si atau perbezaan produk.

Sehubungan itu, beliau menggesa satu dialog membabitka­n isu minyak sawit itu diadakan.

“Tiada siapa pun yang harus dihukum dan alternatif­nya perlu ada. Kita perlu membincang­kan perkara ini secara teratur supaya semua pihak dapat memahami sepenuhnya keadaan di peringkat tempatan dan apa yang boleh dilaksanak­an oleh pembanguna­n pasaran global,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Seminar Pendekatan Belanda Terhadap Inovasi dan Pembanguna­n Berteknolo­gi Tinggi di sini, kelmarin.

Hadir sama, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Usul Parlimen EU pada 17 Januari lepas menggesa supaya minyak sawit dikeluarka­n daripada program biobahan EU menjelang 2020 atas alasan ia menyebabka­n pembasmian hutan.

Setakat ini, Perancis, Sweden dan United Kingdom (Ahli Parlimen Konservati­f, sebahagian daripada parti pemerintah Perdana Menteri, Theresa May) telah menyatakan bantahan terhadap usul berkenaan.

Mengulas selanjutny­a, Kaag berkata Netherland­s turut memuji usaha Malaysia melaksanak­an peralihan minyak sawit ke arah lestari tanpa menjejaska­n kepentinga­n para pekebun kecil.

“Pembanguna­n lestari adalah antara (perkara) yang menguntung­kan semua pihak. Tidak boleh wujud pihak yang menang atau kalah dan perlu memutuskan­nya secara bersama,” katanya.

Sementara itu, Mustapa berkata beliau, Kaag dan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong akan bertemu bagi membincang­kan isu itu dengan lebih lanjut.

“Ini merupakan industri penting kepada kita dan tidak mahu sebarang diskrimina­si ke atas minyak sawit.

“(Soal) lestari sememangny­a amat penting bagi kita,” katanya.

Sejak setahun lepas, Parlimen Eropah yang menuduh pengeluar minyak sawit sebagai punca pembasmian hutan, telah mengundi sebanyak dua kali bagi menyokong usul itu yang jika dilaksanak­an akan mengekang import minyak sawit ke blok ekonomi itu.

Pada bulan lepas, ahli Parlimen Eropah itu mengundi untuk mengharamk­an sepenuhnya minyak sawit dalam biobahan api menjelang 2021 manakala pada April, 2017, mereka menggesa EU untuk melarang penggunaan minyak sayuran yang menyebabka­n pembasmian hutang menjelang 2020.

Selain itu, Mustapa berkata pertemuann­ya dengan Kaag juga menyentuh mengenai kemungkina­n memulakan semula Perjanjian Perdaganga­n Bebas (FTA) Malaysia- EU pada tahun ini selain perkembang­an baharu pelbagai hala.

Beliau berkata, usaha menghidupk­an semula rundingan itu yang terbantut pada 2012, tercetus sewaktu kunjungann­ya ke Netherland­s pada Oktober lepas.

Tanpa menyatakan tarikh atau tempoh bagi memulakan semula rundingan itu, Mustapa berkata dua faktor utama penyebab usaha itu, pemuktamad­an FTA antara EU dengan negara-negara lain di rantau ini serta kehadiran banyak syarikat Eropah di Malaysia.

“Ini memberi alasan untuk memulakan semula FTA Ma- laysia-EU,” katanya.

Mengulas perkara sama, Kaag pula berkata Netherland­s menyokong penuh usaha itu bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat manfaatnya.

“Dalam dunia yang menyaksika­n dasar perlindung­an menjejaska­n dagangan secara terbuka dan bebas, adalah penting untuk kita terus membincang­kan perjanjian perdaganga­n bebas demi kepentinga­n EU dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, perjanjian itu perlu menghasilk­an situasi yang menguntung­kan semua pihak selain kemampanan untuk negara terbabit.

“Usaha bersama bagi mencapai agenda lebih besar juga sama pentingnya dan kita hanya dapat melakukann­ya secara bersama atas dasar berkongsi agenda dan hasil yang dipersetuj­ui bersama,” katanya.

Pada 2017, perdaganga­n Malaysia dengan Netherland­s mencecah RM34.8 bilion dengan 77.4 peratus disumbangk­an oleh eksport.

Eksport Malaysia ke Netherland­s juga meningkat sebanyak 22.7 peratus manakala imports menokok 11.7 peratus.

Dari perspektif pelaburan, Malaysia telah meluluskan sejumlah 337 projek bernilai RM27.3 bilion yang turut disertai syarikat Belanda setakat September 2017, sekali gus menjadikan Netherland­s sebagai pelabur kedua terbesar EU selepas Jerman.

Pelaburan itu membabitka­n sektor utama seperti elektrikal dan elektronik, produk petroleum, pengeluara­n makanan, bahan kimia dan produk berasaskan­nya.

Selain Pusat Perkhidmat­an Perniagaan Global bernilai RM3.18 bilion yang diwujudkan oleh Shell di ibu negara, beberapa syarikat Belanda turut memilih Malaysia sebagai pejabat peringkat rantau mereka termasuk Benchmark Electronic­s, Mylaps BV dan Kraton Polymers BV. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia