Utusan Borneo (Sarawak)

Polis, ATM bincang kerjasama anggota untuk RCP

-

LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia sedang berbincang mengenai kerjasama sesama anggota dalam pewujudan pusat pemeriksaa­n daratan atau Road Check Point (RCP) di Kalabakan, Tawau dan Telupid, Beluran.

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata kerjasama itu penting dalam pelaksanaa­n RCP iaitu inisiatif tambahan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi mengetatka­n kawalan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

“Inisiatif pelaksanaa­n itu bagi menghalang kebarangka­lian pelbagai aspek penyeludup­an termasuk pemerdagan­gan manusia di kawasan darat ESSZone,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pasukan Polis Marin di sini, sempena lawatan kerjanya semalam.

Di samping RCP, katanya ESSCom turut mewujudkan langkah menghalang penyeludup­an di laut ESSZone menerusi pelaksanaa­n Sea Check Point (SCP) di Pulau Berhala di Sandakan, Pulau Siamil di Semporna dan Pulau Karakit di Kudat.

“Inisiatif tambahan ini diwujudkan bagi memastikan Sabah kekal selamat daripada ancaman luar yang tiada diduga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata tahun lalu seramai 1,918 pesalah terdiri daripada warga tempatan dan pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan kerana pelbagai kesalahan dalam 1,648 operasi di ESSZone.

“Seramai 258,000 individu turut diperiksa tahun lalu dan RM16.9 juta rampasan dilakukan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia