Utusan Borneo (Sarawak)

BANGKIT DARI LAMUNAN

Miri FA belasah Keningau 3-1 pada aksi LBR 2017/18

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Pasukan Miri FA bangkit dari lamunan apabila membelasah Keningau dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017/18 Peringkat Kebangsaan di Padang Rekreasi Petroleum Lutong, semalam.

Pengendali Miri FA, Mohamad Hakimi Man berkata meskipun pasukan itu ketinggala­n 1-0 pada babak pertama perlawanan namun Miri FA kembali ceria selepas menyamakan kedudukan pada babak kedua.

“Kita bersyukur kerana menang kali pertama selepas kalah dua kali berturut-turut sebelum ini dan kemenangan ini mampu mengembali­kan peluang Miri FA untuk bersaing dalam kumpulan,” katanya ditemui selepas perlawanan di sini semalam.

Hakimi berkata, meskipun pemain-pemainnya gagal me- manfaatkan beberapa peluang pada babak pertama namun rentak perlawanan kemudian bertukar lebih agresif pada babak kedua.

Gol Miri FA dijaringka­n oleh Mohamad Hadera Bakri pada minit ke-57 dan minit ke-82 sementara rakan sepasukan, Paul Sambang menambah derita Keningau pada minit ke-96.

Gol tunggal pasukan Keningau pula dijaringka­n oleh Steffano Sakunir pada minit ke-39 babak pertama perlawanan.

Hakimi menambah, perlawanan Miri FA dan Ken- ingau nampak seimbang dengan kedua-dua pasukan mengasah dan mencari gol namun babak pertama memihak kepada Keningau hasil kesilapan barisan pertahanan tuan rumah.

Memasuki babak kedua, Mohamad Hadera menceriaka­n kira-kira 500 penyokong bola sepak tempatan selepas menjaringk­an gol penyamaan hasil lerengan cantik rakan sepasukan.

Mohamad Hadera sekali lagi muncul wira menjaringk­an gol kedua selepas bijak menyempurn­akan hantaran lintang dari sudut sebelah kanan.

Keningau tersentak dengan kebangkita­n Miri FA cuba menggandak­an asakan untuk mencari gol penyamaan namun gagal menyempurn­akan beberapa peluang di hadapan pintu gol tuan rumah.

Paul Sambang kemudianny­a menambah derita Keningau FA selepas menjaringk­an gol ketiga sekali gus mengukuhka­n kedudukan Miri FA dengan jaringan 3-1.

Ia adalah kemenangan pertama Miri FA selepas tumpas kepada Tawau ( 1- 0) dan Kuching Gedong Gators (1-0) bermain di tempat lawan.

Miri FA dijadualka­n akan beraksi melawan Tawau pada 24 Februari ini di tempat lawan seterusnya menentang Kuching Gedong Gators pada 3 Mac depan.

Perlawanan terakhir Miri dijadualka­n menentang Keningau di gelanggang lawan pada 10 Mac depan.

Kita bersyukur kerana menang kali pertama selepas kalah dua kali berturuttu­rut sebelum ini dan kemenangan ini mampu mengembali­kan peluang Miri FA untuk bersaing dalam kumpulan.

Mohamad Hakimi Man Pengendali Miri FA

 ??  ??
 ??  ?? DIHALANG: Paul Sambang (baju merah) dihalang pemain Keningau pada perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017/18 Peringkat Kebangsaan menyaksika­n Miri membelasah Keningau 3-1 di Miri semalam.
DIHALANG: Paul Sambang (baju merah) dihalang pemain Keningau pada perlawanan Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) 2017/18 Peringkat Kebangsaan menyaksika­n Miri membelasah Keningau 3-1 di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia