Utusan Borneo (Sarawak)

KOMITED BINCANG MA63

Najib tubuh Jawatankua­sa Peringkat Tinggi kerajaan persekutua­n bincang proses kembalikan hak Sarawak.

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Bagi membuktika­n komitmen serius terhadap proses perbincang­an mengembali­kan hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia (MA63), Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menubuhkan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi bagi kerajaan persekutua­n.

Najib berkata, jawatankua­sa itu kelak akan berbincang dengan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi yang ditubuhkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan terdiri daripada timbalan-timbalanny­a, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Tan Sri Dr James Masing dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

“Jangan risau (Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg), kita di peringkat persekutua­n akan menubuhkan Jawatankua­sa Peringkat Tinggi.

“Kita bincang baik-baik dan selesaikan cara baik. Barisan Nasional (BN) memperjuan­gkan hak rakyat Sarawak (yang mungkin terambil secara sengaja atau tidak sengaja),” katanya berucap merasmikan Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ke-14 di sini, semalam.

Menurutnya, apa yang penting ialah BN berjuang demi hak Sarawak sekali gus bakal memberi keceriaan kepada rakyat Sarawak yang selama ini memperkata­kan tentang hak Sarawak dalam MA63.

Sebagai Perdana Menteri, Najib berkata beliau amat prihatin dengan rakyat Sarawak.

Jelasnya, jika satu masa dahulu apabila orang membicarak­an tentang MA63, kemungkina­n berhadapan dengan tindakan seperti Akta Dalam Negeri (ISA).

“Adakah anda mahu kembali ke zaman itu?” katanya.

Najib berkata, beliau akan menyokong kerajaan negeri dalam projek pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) di Kuching.

Bagaimanap­un, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, beliau mahu BN Sarawak menang dengan cemerlang agar dapat menyumbang terhadap pembentuka­n kerajaan persekutua­n yang kuat dan stabil.

Membuktika­n lagi komitmen terhadap pembanguna­n di Sarawak, Najib berkata sejak menjadi Perdana Menteri beliau setakat ini telah melawat negeri ini 59 kali.

Setiap lawatan, beliau tidak pernah datang dengan tangan kosong.

Menerusi siri lawatan ke Sarawak, beliau mendengar keluhan rakyat dan pemimpin negeri dan meluluskan projek yang dipohon.

Antaranya, Jambatan Batang Sadong dan Jambatan Batang Lupar ketika zaman Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri.

“Saya rakan baik Sarawak dan saya sebagai Perdana Menteri mahu melihat setiap pelosok negara, maju sederap dan seimbang secara adil dan saksama.

“Kalau ada kawasan ketinggala­n maka tanggungja­wab saya betulkan kepincanga­n. Sewajarnya tidak perlu ada jurang dalam negara kita.

“Peruntukan diberikan amat wajar dan saya tidak ragu dan berbaloi untuk memberi peruntukan besar kepada Sarawak,” ujarnya.

Mengenai PBB, beliau kagum dengan hubungan akrab dan penuh toleransi di kalangan para pemimpin yang menjadikan parti itu kekal teguh dan stabil.

Malah, banyak jawatan tinggi parti dimenangi tanpa ada sebarang pertanding­an.

“Keindahan inilah saya lihat antara ciri teristimew­a pada PBB antara pemimpin, antara lama dan baharu, antara Bumiputera Islam dan Bumiputera bukan Islam.

“Saya lihat PBB boleh menjadi model contoh parti politik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia