Utusan Borneo (Sarawak)

JULAIHI, DR ANNUAR, DR ABDUL RAHMAN DAN ABDUL KARIM MENANG

-

KUCHING: Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapa’ee, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menang jawatan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Bumiputera, semalam.

Mereka akan mengisi jawatan tersebut bagi penggal 2017 hingga 2020.

Julaihi yang merupakan Menteri Muda Jalan Pesisir berjaya mengekalka­n jawatan sama disandang bagi penggal 2013 hingga 2016 dengan undi tertinggi sebanyak 770 undi.

Manakala tiga lagi naib presiden masingmasi­ng muka baharu dengan Dr Annuar yang merupakan Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi menerima undi kedua tertinggi sebanyak 764.

Dr Abdul Rahman yang merupakan Menteri Muda Elektik Luar Bandar dan Abdul Karim, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan masing-masing memperoleh­i sebanyak 719 dan 698 undi.

Tiga lagi calon, Dr Abdul Rahman Ismail tewas dengan 585 undi, Datu Len Talif Salleh (481) manakala Datuk Talib Zulpilip menerima undi terendah sebanyak 329 undi.

Keputusan pemilihan diumumkan oleh Pengerusi Tetap PBB Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebaik selesai pemilihan dan kiraan undi di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Julaihi ketika ditemui berterima kasih kepada semua rakan parti yang telah memberi sokongan dan kerjasama sehingga membolehka­n beliau mengekalka­n jawatan tersebut.

“Saya akan terus bersama-sama dengan anda semua untuk memperjuan­gkan apa yang diperjuang­kan oleh parti PBB untuk rakyat Sarawak khususnya usaha kita untuk memenuhi harapan rakyat,” kata Julaihi.

Sementara itu, Dr Annuar berkata beliau melihat keputusan itu sebagai suara perwakilan.

“Saya melihat keputusan ini tiada seorang pun calon yang menang dengan perbezaan undi yang besar.

“Jadi, ini adalah kata sepakat daripada semua perwakilan yang mahukan semua empat calon ini mengisi jawatan ini,” kata Dr Annuar.

Sementara itu, Abdul Karim yang ditemui turut berterima kasih kepada perwakilan yang telah membuang undi dalam semangat kekeluarga­an.

“Ini adalah pertama kali saya bertanding naib (presiden) dan saya akan jalankan tugas seperti biasa sebagai menteri,” katanya.

Dr Abdul Rahman pula berkata, menang atau kalah adalah soal kedua kerana yang penting keempat-empat yang dipilih akan bekerja sebagai satu pasukan.

“Apa yang penting kami semua dapat bekerja sebagai satu pasukan untuk menyumbang kepada parti,” kata Dr Abdul Rahman.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) terbesar di Sarawak dan kedua terbesar di Malaysia ini diterajui oleh Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selaku Presiden dan juga Ketua Menteri.

Manakala dua jawatan Timbalan Presiden masing-masing disandang oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas (Pesaka) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (Bumiputera).

Naib Presiden Kanan pula disandang oleh Datuk Seri Fadillah Yusof (Bumiputera) dan Dato Sri Michael Manyin Jawong (Pesaka) yang masing- masing menang tanpa bertanding.

Manakala, tiga lagi Naib Presiden dari sayap Pesaka masing-masing diisi oleh Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Roland Sagah dan Dato Gerawat Gala.

Exco Majlis Tertinggi dari sayap Bumiputera ialah Dato Ahmad Ibrahim, Datuk Ahmad Lai Bujang, Abdul Yakub Arbi, Zainulabid­in Ismail, Buang Bolhassan, Mohammad Razi Sitam, Razaili Gapor, Awla Dris, Dr Hazland Hipni, Yussibnosh Balo, Pandi Suhaili, Simoi Peri, Ripin Lamat, Awangku Jinal Abedin Pengiran Jawa, Dato Juanda Jaya dan Haidar Khan Asghar Khan.

Manakala Exco Majlis Tertinggi sayap Pesaka pula terdiri daripada John Ilus, Jefferson Jamit Unyat, Daniel Jubang Kanyan, Mikai Mandau, Hajis Japar Labaw, Dato Sri James Dawos Mamit, Richard Tawan Sedu, Michael Mujah Lihan, Dennis Ngau, Paulus Dandee Banyang, Dato Robert Laing Anyie, Asiang Gihep, Datuk Ambrose Blikau Enturan dan John Nyigor.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ??
— Gambar Muhammad Rais Sanusi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia