Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat salah seorang mangsa bot karam ditemui

Mayat kedua yang ditemui berhampira­n Pulau Binai masih belum dapat dikenal pasti identitiny­a

- Oleh Ambrose Rirang

BINTULU: Mayat salah seorang mangsa bot karam di Kuala Segan, Sungai Kemena, Asmawie Dollah, 49, ditemui penduduk kampung sekitar jam 2 pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohamad Meramit berkata, mayat mangsa ditemui terapung kira-kira 500 meter ke hilir Sungai Kemena dari lokasi terakhir mangsa dipercayai dilihat.

“Dengan ini, hanya bapa saudaranya, Bakar Sesin, 76, masih belum ditemui,” katanya ketika dihubungi berhubung insiden bot karam itu, semalam.

Menurut Mohamad, bot yang digunakan oleh keduadua mangsa bagaimanap­un masih belum ditemui.

Jelasnya, sekitar jam 10 pagi semalam, pasukan bomba dengan kerjasama agensiagen­si berkaitan serta penduduk kampung menemui satu lagi mayat terapung berhampira­n Pulau Binai.

Mayat kedua dan belum dapat disahkan identiti itu didaratkan di Jeti Sebauh sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, kedua- dua mayat itu dibawa ke rumah mayat Hospital Bintulu un- tuk bedah siasat.

“Sama ada mayat kedua dijumpai itu merupakan mayat Bakar atau Salman Hassan, 44, yang tergelinci­r dari feri Sungai Kemena pada malam Ahad lalu, keputusann­ya hanya akan diketahui setelah proses pengecaman dan bedah siasat dijalankan Unit Forensik Hospital Bintulu.

“Dengan penemuan dua mayat itu, seorang lagi mangsa belum ditemui dan usaha pencarian akan diteruskan sehingga mangsa ditemui,” katanya.

Dalam kejadian malam Rabu lalu, seorang pengendali feri Sungai Kemena, Salman dilaporkan tergelinci­r dari feri lalu terjatuh ke Sungai Kemena, manakala kes kedua berlaku petang Khamis apabila Bakar dan anak saudaranya, Asmawie hilang di kawasan kebun kelapa sawit di Kuala Segan.

Dengan ini, hanya bapa saudaranya, Bakar Sesin, 76, masih belum ditemui.

Mohamad Meramit Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia