Utusan Borneo (Sarawak)

Penunggang motosikal maut kemalangan dengan kereta

-

KOTA SAMARAHAN: Seorang penunggang motosikal terbunuh akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 13 Jalan Kota Samarahan- Mambong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah DSP Lee Chong Chern berkata, mangsa dikenali sebagai David Nunong Daw berusia 39 tahun dan berasal dari Rumah Drom Matop, Spaoh semasa kejadian menunggang motosikaln­ya dari arah Kuching sekitar jam 8.30 pagi.

Menurutnya, mangsa dipercayai cuba memotong kenderaan lain sebelum terbabas ke arah laluan bertentang­an lalu berlanggar dengan sebuah kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di selekoh, dipercayai motosikal mangsa terbabas semasa memotong kenderaan lain lalu masuk ke laluan kereta tersebut menyebabka­n berlaku pelanggara­n.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tambahnya, pemandu kereta yang berusia 43 tahun dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik ( JSPT) Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu semasa dihubungi memberitah­u siasatan lanjut berhubung kes tersebut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Lokasi kejadian telah dilawati dan lakaran rajah kasar berserta gambar telah diambil. Lokasi kejadian adalah selekoh serta jalan sehala dua lorong,” katanya yang turut memberitah­u keadaan jalan raya adalah kering dan cuaca baik semasa kejadian berlaku.

Mayat mangsa juga telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

 ??  ?? ROSAK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut.
ROSAK: Keadaan motosikal mangsa yang rosak teruk dalam kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia