Utusan Borneo (Sarawak)

Kemelut dengan SUPP, UPP sekali lagi serah keputusan kepada kepimpinan BN

-

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) sekali lagi menegaskan bahawa mereka menyerahka­n apa sahaja keputusan kepada pucuk kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) mengenai penyelesai­an perbalahan antara parti itu dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh berkata, sama seperti sebelum ini mereka menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk membuat keputusan.

“Kami menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Ketua Menteri membuat keputusan dan kita lihat bagaimana.

“Apa sahaja keputusan atau penyelesai­an yang diputuskan beliau, parti akan melihat perkara itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ucapan Abang Johari yang membayangk­an hasrat untuk melihat UPP bersatu semula dengan SUPP.

Abang Johari berkata, keduadua parti harus melupakan perbalahan yang berlaku demi perpaduan kepada BN Negeri untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

“Bagi parti yang berbalah itu lupakan sahaja dan satukan… parti satu itu, pakailah baju kuning (SUPP) semua, jadi kita bersatu.

“Apabila kita bersatu, parti kita kuat dan Sarawak juga kuat dan ini menyenangk­an kita memohon peruntukan di peringkat pusat,” ujarnya pada Majlis Perhimpuna­n Agung PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

UPP merupakan parti serpihan SUPP dan pada Pilihan Raya Negeri 2016, calon-calon UPP bertanding sebagai calon langsung BN dan memenangi lima kerusi yang ditandingi.

Kerusi tersebut ialah Bawang Assan yang disandang Wong, Mambong (Datuk Dr Jerip Susil), Engkilili (Dr Johnical Rayong Ngipa), Dudong (Datuk Tiong Thai King) dan Opar (Datuk Ranum Mina).

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia