Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari hadiri majlis makan malam sempena Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14

-

KUCHING: Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Makan Malam Perwakilan PBB di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, kelmarin.

Majlis makan malam tersebut adalah bersempena dengan Perhimpuna­n Agung PBB Ke14 yang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dari 8 hingga 11 Februari ini.

Turut hadir pada makan malam tersebut, kedua-dua Timbalan Presiden Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang disahkan jawatan pada perhimpuna­n semalam bersama barisan pemimpin tertinggi parti yang lain.

Ketua Pergerakan Pemuda PBB Gerald Rentap Jabu dan Ketua Pergerakan Wanita Dato Sri Fatimah Abdullah yang masing-masing baharu dilantik kelmarin turut hadir pada majlis tersebut bersama kira-kira 5,000 perwakilan dan pemerhati.

Pada majlis itu, turut diadakan taklimat ringkas mengenai perjalanan program perhimpuna­n kepada semua perwakilan oleh Setiausaha Agung PBB Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Dalam taklimat ringkasnya, Dr Rundi mengingatk­an semua perwakilan supaya memberi kerjasama kepada jawatankua­sa perhimpuna­n bagi memastikan kelancaran program.

Beliau turut mengingatk­an para perwakilan supaya memberi sepenuh perhatian kepada ucapan yang akan disampaika­n terutama ucapan oleh Presiden parti.

Dr Rundi juga meminta kehadiran penuh perwakilan pada perhimpuna­n ini sebagai sokongan kepada usaha yang akan direncanak­an oleh Presiden parti dalam menentukan hala tuju parti.

 ??  ?? JAMUAN: Abang Johari (lima kiri) hadir pada Majlis Makan Malam Perhimpuna­n PBB Ke-14 di PCC bersama para perwakilan dan barisan pemimpin tertinggi parti yang lain.
JAMUAN: Abang Johari (lima kiri) hadir pada Majlis Makan Malam Perhimpuna­n PBB Ke-14 di PCC bersama para perwakilan dan barisan pemimpin tertinggi parti yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia