Utusan Borneo (Sarawak)

Sekitar hari kedua Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14

- Oleh Marlinda Mardzuki

KUCHING: Perhimpuna­n Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB) Ke-14 yang memasuki hari kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam berjalan dengan lancar.

Dihadiri 5,000 perwakilan, pemerhati dan ahli PBB daripada 82 cawangan seluruh Sarawak, acara semalam menyaksika­n berlangsun­gnya majlis perasmian Perhimpuna­n Agung PBB oleh Perdana Menteri Datuk Patinggi Najib Tun Razak.

Hadir sama, Ketua Menteri yang juga Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden ( Pesaka) Datuk Amar Douglas Embas, Timbalan Presiden (Bumiputera) Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Ketua Pergerakan Wanita Dato Sri Fatimah Abdullah dan Ketua Pergerakan Pemuda Gerald Rentap Jabu.

Majlis itu kemudianny­a disusuli dengan Mesyuarat Agung PBB yang bermula kira-kira jam 2 petang semalam.

Sehari sebelumnya, Perhimpuna­n Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda telah dirasmikan oleh Abang Johari pada hari pertama perhimpuna­n.

Turut diadakan pada perhimpuna­n hari pertama ialah Mesyuarat Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB.

Sementara itu, dalam kemeriahan perwakilan, pemerhati dan ahlinya hadir ke perhimpuna­n tersebut, terdapat banyak gerai dari setiap cawangan parti mempamer dan menjual pelbagai jenis barangan produk mereka.

Antara produk yang dijual di situ termasuk kerepek, keropok ikan, sesar unjur, barangan perhiasan, pakaian, kraf tangan dan sebagainya.

Selain barangan tersebut, produk perkhidmat­an mengenai ekonomi digitaljug­a disediakan sempena perhim- punan dengan tema ‘Mentransfo­rmasi Sarawak Melalui Ekonomi Digital’ dari 9 hingga 11 Februari ini.

 ??  ?? PRODUK TEMPATAN: Jimar Omar (kanan) bersama rakannya dari PBB Tanjong Datu, menunjukka­n produk keropok Jimah Enterprise di ruang pameran semasa Perhimpuan Agung PBB diadakan di BCCK, semalam.
PRODUK TEMPATAN: Jimar Omar (kanan) bersama rakannya dari PBB Tanjong Datu, menunjukka­n produk keropok Jimah Enterprise di ruang pameran semasa Perhimpuan Agung PBB diadakan di BCCK, semalam.
 ??  ?? SENADA: Najib bersama Abang Johari dan barisan pucuk pimpinan PBB mengibarka­n bendera parti semasa perasmian Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di BCCK, Kuching semalam.
SENADA: Najib bersama Abang Johari dan barisan pucuk pimpinan PBB mengibarka­n bendera parti semasa perasmian Perhimpuna­n Agung PBB Ke-14 di BCCK, Kuching semalam.
 ??  ?? DISIPLIN TINGGI: Sebahagian Pergerakan Pemuda PBB berdiri tegak menyanyika­n lagu parti itu semasa majlis Perhimpuan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda yang dirasmikan oleh Abang Johari pada 9 Februari lalu.
DISIPLIN TINGGI: Sebahagian Pergerakan Pemuda PBB berdiri tegak menyanyika­n lagu parti itu semasa majlis Perhimpuan Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda yang dirasmikan oleh Abang Johari pada 9 Februari lalu.
 ??  ?? KETIBAAN: Abang Johari disambut mesra semasa tiba pada Perhimpuna­n Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di Kuching, pada 9 Februari lalu.
KETIBAAN: Abang Johari disambut mesra semasa tiba pada Perhimpuna­n Agung Pergerakan Wanita dan Pemuda PBB di Kuching, pada 9 Februari lalu.
 ??  ?? PELBAGAI PELUANG: Pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) turut mengambil bahagian untuk mempamerka­n perkhidmat­an mereka.
PELBAGAI PELUANG: Pelbagai agensi kerajaan dan swasta termasuk tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) turut mengambil bahagian untuk mempamerka­n perkhidmat­an mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia