Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ Sarawak bantu lebih 5,000 anak tempatan tahun lalu dapatkan lesen motosikal dengan kadar bayaran yang murah

- Oleh Rusnan Mustafa

ASAJAYA: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak berjaya membantu lebih 5,000 anak tempatan mendapatka­n lesen motosikal dengan kadar bayaran yang murah.

Pengarah JPJ Sarawak Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, ia menerusi penganjura­n tujuh Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) yang dilaksanak­an pada tahun lalu.

“Pada tahun lalu, kita memberi tumpuan di Zon Tengah Sarawak dan kita telah berjaya membantu mendaftar lebih 5,000 orang untuk mendapatka­n lesen motosikal B2 ini.

“Malah, kita juga telah berjaya mencipta rekod di Parlimen Tanjung Manis apabila mendaftar lebih 3,900 orang dalam program ini dan ia merupakan jumlah penyertaan terbesar di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pendaftara­n Program SKSJ anjuran bersama JPJ dengan Komuniti Satu Malaysia Bahagian Samarahan dan Pejabat Ahli Parlimen Kota Samarahan di Kompleks Sukan Asajaya di sini, semalam.

Syafiq berkata, kejayaan itu hasil sambutan yang baik dalam kalangan rakyat Sarawak terutamany­a di kawasan luar bandar.

Menurutnya lagi, kejayaan itu juga hasil sokongan dan kerjasama wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen di negeri ini.

“Ini merupakan program kedua kita di Sarawak yang mana minggu lepas kita buat pendaftara­n di Lambir, Miri dan seterusnya kita juga akan adakan program sama di Serumbu, Bau minggu hadapan.

“Jadi kita jangkakan lebih 500 orang berusia 21 tahun dan ke atas didaftarka­n pada program kita hari ini (semalam) berdasarka­n borang permohonan yang telah diedarkan melebihi 2,000 set sebelum ini,” tam- bahnya.

Mengulas lanjut mengenai Program SKSJ, Syafiq memberitah­u pada tahun ini sebanyak tujuh program telah dilulus untuk dilaksanak­an di negeri ini.

Katanya, pelaksanaa­n program itu bagi membantu rakyat terutama di luar bandar mendapatka­n lesen motosikal B2 dengan mudah tanpa perlu ke institusi memandu.

Namun tegasnya, Program SKSJ itu bukannya memberi ‘lesen terbang’ kerana ia melibatkan semua proses pembelajar­an dan pengajaran setiap modul yang diperlukan.

“Hari ini (semalam) kita laksanakan di Parlimen Kota Samarahan hasil permohonan Ahli Parlimen Rubiah Wang melibatkan tiga kawasan DUN iaitu Stakan, Muara Tuang dan Asajaya,” ujarnya.

Setakat ini, lebih 500,000 orang telah menerima manfaat hasil penganjura­n program SKSJ yang dilaksanak­an di seluruh negara.

Sementara itu, menurut seorang peserta, Nuggak Kassim, 58, dia menyambut baik penganjura­n program itu bagi membantu masyarakat luar bandar yang tidak berkemampu­an mendapatka­n lesen motosikal.

“Syukur program ini dilaksanak­an di sini, kalau hendak ambil lesen di institut memandu saya tidak mampu tetapi hari ini (semalam) hanya bayaran RM200 sahaja dikenakan untuk mendapatka­n lesen motosikal yang telah lama saya impikan,” katanya.

 ??  ?? SAMBUTAN HEBAT: Syafiq (tengah) merakam kenangan bersama peserta yang mendaftark­an diri pada Program Satu Komuniti Satu JPJ di Kompleks Sukan Asajaya, semalam.
SAMBUTAN HEBAT: Syafiq (tengah) merakam kenangan bersama peserta yang mendaftark­an diri pada Program Satu Komuniti Satu JPJ di Kompleks Sukan Asajaya, semalam.
 ??  ?? SERTAI KAMI: Lau (tengah) serta jawatankua­sanya pada sidang media di Sibu semalam.
SERTAI KAMI: Lau (tengah) serta jawatankua­sanya pada sidang media di Sibu semalam.
 ??  ?? NUGGAK
NUGGAK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia