Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah: Kota Samarahan paling banyak tangkapan pelajar, penjawat awam

-

KUCHING: Kota Samarahan mencatatka­n penangkapa­n paling banyak dadah jenis syabu, ganja dan nospan melibatkan pelajar insitusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan penjawat awam.

Pendedahan itu dibuat oleh Ketua Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Kota Samarahan ASP Amat Musa semalam tanpa mendedahka­n angka sebenar ketika menyampaik­an ceramah berkaitan UndangUnda­ng Dadah dan Kesan Penagihan Dadah di Open Universiti Malaysia (OUM) di sini.

“Sepanjang perkhidmat­an selama 20 tahun di jabatan ini, banyak yang telah saya saksikan iaitu 15 tahun di Pulau Pinang dan seterusnya di Sarawak. Dadah jenis syabu ini amat popular dalam kalangan penjual dan penagih dadah.

“Syabu berupa kristal atau juga dipanggil sebagai Methamphet­amine dijual pada harga pasaran semasa sekitar RM80,000 sekilogram. Masalahnya, ia turut melibatkan pelajar sekolah menengah dan paling menyedihka­n ibu bapa pelajar tidak mengetahui perihal anak mereka.

“Pernah ibu dan bapa me- marahi dan menuduh pihak polis hanya mahu mengaibkan nama baik mereka sedangkan selepas diperiksa air kencing mendapati anak mereka positif dadah,” katanya.

Justeru katanya, pemantauan ibu bapa amat perlu dipertingk­at apabila melihat perubahan sikap anak-anak berlaku secara mendadak dan suka melenting atau marah.

Di Malaysia, hukuman mati mandatori mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dimansuhka­n sejak November 2017 dan digantikan hukuman penjara seumur hidup mengikut budi bicara pihak majisteret.

Bagaimanap­un, pesalah boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39A (2) ADB 1952 iaitu penjara lima tahun atau seumur hidup dengan 10 kali sebatan atau Seksyen 39A(1) ADB 1952 iaitu penjara dua atau lima tahun dan tiga kali sebatan.

Berkongsi tentang penangkapa­n pelajar terlibat dadah, beliau berkata pada 2016 di Kota Samarahan, lima pelajar IPTA telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 39B iaitu penjara lima tahun dengan 10 sebatan kerana memiliki ganja.

“Ramai pelajar IPTA dan IPTS menggunaka­n ganja sewaktu peperiksaa­n dan mereka meletakkan­nya di dalam pek-pek kecil untuk dijual. Mereka kebanyakan­nya pelajar semester ketiga.

“Terdapat juga kes di Samarahan yang melibatkan seorang penjawat awam, dibuang kerja dan menjalani hukuman tetapi kembali semula menagih,” katanya lagi.

 ??  ?? JAUHI DADAH: Amat ketika menyampaik­an ceramah di OUM semalam.
JAUHI DADAH: Amat ketika menyampaik­an ceramah di OUM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia