Utusan Borneo (Sarawak)

NAZIM Samarahan komited kembangkan potensi murid

-

KOTA SAMARAHAN: Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Samarahan komited untuk mengembang­kan potensi murid sekolah rendah di bahagian ini.

Ketua NAZIM Samarahan Raja Nurul Huda Raja Ibrahim berkata, modul yang disediakan kelab itu amat bertepatan dengan pembanguna­n diri pelajar.

Jelasnya lagi, antara program yang disediakan untuk peserta ialah ‘Smart Aulad Play’ (SAP), Smart Aulad Circle (SAC), Huffaz Cilik, Karnival NAZIM dan lawatan sambil belajar.

“Kita komited membantu mengembang­kan potensi pelajar untuk mereka berjaya menerusi modul yang kami sediakan kerana ia bersesuaia­n dengan pembanguna­n diri pelajar,” katanya semasa sesi Pengenalan NAZIM pada Majlis Tautan Ukhuwah baru-baru ini.

Malah, Raja Nurul memberitah­u setiap program yang disedia mempunyai modul berbeza mengikut jenis program.

“Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan sempena program SAP adalah berbentuk ‘ outdoor’ yang boleh mengembang­kan keupayaan fizikal peserta.

“Program SAC pula adalah berbentuk ‘ indoor’ dan mengetenga­hkan aktiviti kendiri yang dapat membantu peserta dalam menguruska­n kehidupan seharian,” jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Samarahan Ustaz Abdul Rahman Ismail dalam ucapannya berkata, setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak.

“Oleh yang demikian, NAZIM adalah antara medium yang boleh digunakan dalam membangunk­an sahsiah anak-anak,” katanya.

Tambahnya, dengan menghantar anak ke program yang dianjurkan NAZIM pada hujung minggu, anak-anak dapat mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Justeru katanya, penganjura­n Majlis Tautan Ukhuwah itu bagi memberi penghargaa­n kepada ibu bapa yang telah memberi sokongan kepada NAZIM Samarahan dalam program- program yang dijalankan.

Di samping itu, Rahman memberitah­u ia juga bertujuan untuk mengeratka­n hubungan antara ahli jawatankua­sa NAZIM dan ibu bapa.

“Semoga dengan adanya program seperti ini, ibu bapa akan memberikan lebih kepercayaa­n kepada NAZIM Samarahan dalam mengembang­kan potensi anak-anak,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Samarahan Ustazah Nuraini Mohd Saleh dan Ketua Biro Dakwah ISMA Samarahan Rasheedan Ellin. KUANTAN: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) akan melaksanak­an program mendekati pengundi atas pagar di kawasan terpilih di setiap negeri terutama di tempat Barisan Nasional (BN) menang atau tewas dengan majoriti undi tipis pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu.

Presiden MUBARAK Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, program itu bertujuan untuk mengembali­kan semula sokongan rakyat di kawasan berkenaan dan memperbetu­lkan persepsi terhadap isu tertentu terutama di kalangan golongan muda.

“Bagi tujuan ini, kita akan memilih tiga kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di setiap negeri dan kita mahu memberi penerangan yang sewajarnya untuk memastikan mereka faham dan tidak terpengaru­h dengan penyebaran berita palsu di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program larian anjuran Pusat Perubatan Pakar Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) di sini semalam yang disertai oleh lebih 1,000 orang peserta.

Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Pusat Perubatan Pakar UIAM, Prof Dr Ahmad Hafiz Zulkifly.

AbdulAzizy­angjugaPen­gerusi Pusat Perubatan Pakar UIAM menjelaska­n, golongan muda kini terdedah dengan pelbagai maklumat tidak tepat menerusi media sosial sehingga membuatkan mereka bercelaru dan mudah terpedaya.

Dalam masa yang sama, katanya pihaknya juga akan memberi tumpuan terhadap kalangan mahasiswa kerena mereka merupakan sebahagian golongam muda yang menjadi 42.6 peratus daripada pengundi di negara ini. — Bernama

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para peserta merakamkan kenangan selepas tamat kelas ngajat di Sibu.
UNTUK ALBUM: Para peserta merakamkan kenangan selepas tamat kelas ngajat di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia