Utusan Borneo (Sarawak)

Jualan Sentuhan Rakyat di Daesco dapat sambutan menggalakk­an

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Program Jualan Sentuhan Rakyat yang diadakan di Pasar Raya Besar Daesco di sini semalam mendapat sambutan menggalakk­an daripada orang ramai.

Program bermula jam 10 pagi itu diserbu orang ramai yang enggan melepas kan peluang untuk mendapatka­n pelbagai barangan makanan dan keperluan asas yang dijual pada harga rendah daripada harga pasaran.

Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) Bawang Assan Jason Tay berkata, jualan selama tiga jam itu berjaya menarik kunjungan orang ramai.

“SUPP bersama parti komponen BN (Barisan Nasional) Sarawak yang lain di bawah pimpinan Robert Lau Hui Yew (Pengerusi BN Parlimen Sibu) dan Chieng Buong Toon (Pengerusi BN Parlimen Lanang) menganjurk­an program ini.

“Kami bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Daesco untuk mempamer dan menjual pelbagai produk.

“Ini termasuk produk pertanian, ikan, barangan di bawah kawalan harga seperti gula, minyak masak, tepung dan barangan runcit dari Daesco pada harga lebih rendah daripada harga pasaran,” kata Tay yang turut membantu menjayakan program tersebut.

Beliau berkata, tujuan utama program itu dianjurkan adalah untuk meringanka­n beban rakyat dalam kos perbelanja­an barangan keperluan asas seharian.

Beliau menambah, lokasi seterusnya untuk program kedua Jualan Sentuhan Rakyat itu akan diadakan di Kompleks Beli-belah Sing Kwong, Jalan Salim pada 24

Ini termasuk produk pertanian, ikan, barangan di bawah kawalan harga seperti gula, minyak masak, tepung dan barangan runcit dari Daesco pada harga lebih rendah daripada harga pasaran. Jason Tay Setiausaha SUPP Bawang Assan

Februari ini.

Gembira kerana program tersebut mendapat sambutan menggalakk­an, beliau berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dianjurkan dalam masa terdekat.

Turut hadir Ketua Pemuda SUPP Bukit Assek Joseph Chieng.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Ting (tujuh kiri) menyerahka­n peket merah kepada Yong sambil disaksikan oleh Hii (enam kiri) dan ahli jawatankua­sa SCCCI yang lain.
TERIMA KASIH: Ting (tujuh kiri) menyerahka­n peket merah kepada Yong sambil disaksikan oleh Hii (enam kiri) dan ahli jawatankua­sa SCCCI yang lain.
 ??  ?? MERIAH: (Dari empat kanan) Lau, Chieng dan Joseph merakam gambar bersama pembeli semasa Jualan Sentuhan Rakyat di Pasar Raya Besar Daesco, semalam.
MERIAH: (Dari empat kanan) Lau, Chieng dan Joseph merakam gambar bersama pembeli semasa Jualan Sentuhan Rakyat di Pasar Raya Besar Daesco, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia