Utusan Borneo (Sarawak)

Bungkusan bantuan awal makanan ibarat ‘penyambung nyawa’ mangsa terjejas banjir

-

MUKAH: Sepuluh bungkusan bantuan awal makanan lewat malam kelmarin ibarat ‘penyambung nyawa’ bagi beberapa keluarga di Kampung Teh, Mukah setelah terkandas lima hari akibat banjir.

Difahamkan, jalan raya ke bandar Mukah terputus dan bekalan makanan telah habis, justeru mereka terpaksa membuat catuan sebelum bantuan makanan tiba.

Menyedari hal itu, sekumpulan penghantar bantuan makanan tiba lewat malam kelmarin diketuai oleh Residen Mukah Awang Johari Awang Mustapha diiringi Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili serta pegawai pelbagai agensi.

“Kita telah hantar 10 bungkusan bantuan awal makanan kepada keluarga terlibat pada malam tadi ( Jumaat) dan bantuan akan terus diberi pada hari ini (semalam),” kata Shafrie.

Menurutnya, bekalan makanan akan diagihkan kepada penduduk Kampung Teh, Kampung Sau, Kampung Penakub Hulu dan sekitarnya yang terjejas banjir.

“Kita akan terus berikan bantuan kepada penduduk memerlukan sehinggala­h keadaan banjir ini reda,” jelasnya.

Mengenai keadaan semasa banjir, beliau memberitah­u keadaan air sekarang masih menunjukka­n peningkata­n namun ia dijangka tidak serius.

“Air semakin naik tetapi kita jangka ia tidak mengambil masa lama dan bakal reda tidak lama lagi,” katanya.

Ini merupakan kali kedua banjir melanda kawasan Mukah selepas kali pertama Januari lalu, namun hanya beberapa kawasan rendah terjejas termasuk Tanjong Pedada.

Gelombang banjir kedua bermula pada awal Februari lalu dan mencatatka­n pemindahan penduduk di beberapa kawasan termasuk Balingian, Tanjong Pedada dan sekitarnya.

 ??  ?? BANTUAN AWAL: Shafrie (dua kanan) bersama Awang Johari (empat kanan) bersama yang lain ketika menyerahka­n bantuan awal kepada penduduk di kawasan Kampung Teh lewat malam kelmarin.
BANTUAN AWAL: Shafrie (dua kanan) bersama Awang Johari (empat kanan) bersama yang lain ketika menyerahka­n bantuan awal kepada penduduk di kawasan Kampung Teh lewat malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia