Utusan Borneo (Sarawak)

Motosikal masih penyumbang utama kematian di jalan raya dengan 64.5 peratus daripada jumlah pengguna maut

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya yang direkodkan pada tahun 2017 menurun sebanyak 412 kepada 6,740 daripada 7,152 kematian dicatatkan pada 2016.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata indeks kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar turut menyusut kepada 2.34 pada tahun 2017 daripada 2.59 pada tahun sebelumnya.

“Saya berhasrat untuk menurunkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar kepada 2.0 pada tahun ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2018 di sini, semalam.

Beliau turut berkata bahawa motosikal masih menjadi penyumbang utama jumlah kematian di jalan raya dengan 64.5 peratus (4,348) daripada jumlah pengguna jalan raya yang maut pada tahun 2017 adalah penunggang motosikal.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas majlis pelancaran tersebut, Liow berkata pelaksanaa­n Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) telah menunjukka­n pencapaian yang besar.

Liow berkata sistem yang menggabung­kan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) itu mencatatka­n pematuhan had laju sehingga 95 peratus sejak ia dilaksanak­an.

Beliau berkata 100 pegawai Jabatan Keselamata­n Jalan Raya, Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) (1,500) dan polis (4,000) yang terlibat dalam Ops Selamat (PDRM) dan Ops Bersepadu (JPJ) yang dilaksanak­an serentak dalam tempoh yang sama bermula dari 9 Feb hingga 23 Feb ini.

Ops Selamat akan memberikan tumpuan kepada advokasi dan penguatkua­saan undangunda­ng manakala Ops Bersepadu dilaksanak­an dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk melakukan pemeriksaa­n ujian air kencing bagi pemandu bas di 30 terminal bas.

Selain itu katanya, beberapa langkah kawalan akan dilaksanak­an sempena perayaan Tahun Baharu Cina seperti tahun-tahun sebelum ini termasuk larangan ke atas kenderaan barangan tertentu pada 14 dan 15 Feb serta 24 dan 25 Feb.

Kerja- kerja penyelengg­araan dan pembinaan di kawasan lebuh raya, jalan persekutua­n dan jalan negeri akan dihentikan, manakala semua jentera dan peralatan akan dialihkan sepanjang tempoh operasi berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Liow Tiong Lai (tiga, kiri) pada acara pelepasan anggota Polis Trafik dan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena ketibaan musim Tahun Baharu Cina di MyTown Shopping...
— Gambar Bernama PERASMIAN: Liow Tiong Lai (tiga, kiri) pada acara pelepasan anggota Polis Trafik dan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan selepas merasmikan Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena ketibaan musim Tahun Baharu Cina di MyTown Shopping...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia