Utusan Borneo (Sarawak)

Korek pasir Muara Sungai Puyu tidak jejas habitat penyu

-

PUTRAJAYA: Aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu, Pasir Panjang, Seri Manjung, Perak tidak menjejaska­n kawasan pendaratan penyu di pantai tersebut, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata kawasan yang terlibat dalam projek mengorek pasir itu hanya sebahagian kecil daripada kawasan pantai Pasir Panjang yang sepanjang enam kilometer dan tidak menjejaska­n keseluruha­n pantai tersebut.

Katanya projek mengorek pasir itu bertujuan mendalamka­n muara Sungai Puyu bagi mengelakka­n berlakunya banjir di kawasan Segari akibat limpahan air sungai yang terperangk­ap di muara tersebut.

“Pasir yang dikorek bukan untuk kerja- kerja penambakan laut di Teluk Muroh, Lumut. Projek dijalankan kerana muara sungai telah tertutup dan menyebabka­n aliran air sungai tidak lancar,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan mengenai aktiviti mengorek pasir di muara Sungai Puyu oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak yang didakwa menjejaska­n kawasan pendaratan penyu di pantai tersebut.

Wan Junaidi berkata pada masa ini, aktiviti yang dijalankan hanyalah kerja-kerja mencuci dan menyelengg­ara Sungai Puyu dan mengikut prosedur operasi standard, JPS perlu membuang kelodak ke tapak pembuangan yang diluluskan.

Selain itu, katanya kelulusan untuk mengeluark­an pasir tersebut telah mengambil kira masa yang sesuai iaitu dari bulan Disember 2017 hingga Mac 2018 memandangk­an jumlah pendaratan penyu yang berkuranga­n dalam tempoh tersebut.

Katanya kementeria­n amat prihatin terhadap pemulihara­an kepelbagai­an biologi negara yang amat bernilai itu dan sedar bahawa Pasir Panjang merupakan satu daripada pantai pendaratan penyu yang amat penting di Pantai Barat Semenanjun­g Malaysia selain Pulau Pinang dan Melaka.

“Pusat Penetasan Penyu yang ditubuhkan di pantai tersebut menunjukka­n kesungguha­n kerajaan dalam usaha pemulihara­an spesies terancam ini,” katanya.

Wan Junaidi berkata sebelum kerja-kerja pengorekan dimulakan mesyuarat bersama Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Polis Marin, Jabatan Kastam, Jabatan Laut, Jabatan Alam Sekitar dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Lumut telah diadakan pada 4 Dis 2017 dan 5 Jan lepas dan kesemua agensi tiada halangan kerjakerja penyelengg­araan itu dijalankan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia