Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama erat kerajaan negeri, pusat lancarkan projek perumahan

-

PUTRAJAYA: Mulai tahun ini, Kementeria­n Pendidikan menetapkan semua sekolah rendah dan Jabatan Pendidikan Negeri tidak lagi mengamalka­n Gred Purata Sekolah (GPS) bagi menentukan pencapaian akademik para murid, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Beliau berkata ini adalah kerana GPS sahaja tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kejayaan sekolah serta pembanguna­n dan kemenjadia­n murid secara keseluruha­n.

Bagaimanap­un, katanya, GPS di sekolah menengah khususnya untuk peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diteruskan bagi melihat pencapaian keseluruha­n pelajar.

“Sebelum ini, GPS dijadikan sebagai petunjuk prestasi utama secara purata. Tetapi kami mendapati ia telah membawa kepada satu budaya yang tidak jurus kepada pembanguna­n murid. Ia juga menyebabka­n negeri- negeri mula mem- bandingkan sesama mereka negeri mana yang mencapai GPS di sekolah rendah.

“Akhirnya, GPS telah menyebabka­n kami terlupa kepada individu murid yang unik dan berkeboleh­an. Ini bukan bermakna asas GPS tidak bagus untuk menentukan kualiti tetapi ia tidak membawa impak positif yang dikehendak­i,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Bengkel Pembanguna­n Modul Inspirasi Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) di sini semalam.

Mengulas lanjut, Amin berkata pihaknya mahu murid dididik secara holistik dan tidak mementingk­an pencapaian akademik semata-mata kerana para murid dinilai satu per satu di bawah empat komponen di Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) yang dilaksanak­an tahun ini.

“Sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS kerana penilaian murid sekarang melibatkan pencapaian akademik, pentak- siran bilik darjah; pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulu­m serta pentaksira­n psikometri­k. Ia diukur satu per satu berdasarka­n kebolehan murid. GPS bukannya untuk membuat perbanding­an statistik. Itu bukan cara betul,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Amin berkata Program Literasi dan Numerasi (LINUS) yang diperkenal­kan KPM bagi meningkatk­an kadar kemahiran membaca dan mengira kalangan murid tahap satu di sekolah rendah telah berjaya dan memberikan impak yang memberangs­angkan.

Katanya, program yang bermula sejak 2010 itu didapati memberi impak cukup positif dalam sistem pendidikan sekolah rendah khususnya bagi mengenal pasti murid yang mempunyai masalah pembelajar­ah lebih awal menerusi saringan yang dilakukan untuk melonjak kecemerlan­gan sistem pendidikan negara. — Bernama KLUANG: Kerjasama dan hubungan erat antara kerajaan pusat dan negeri selama ini membolehka­n projek perumahan dapat diselesaik­an dengan cepat dan lancar.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata tanpa hubungan erat itu, sesuatu projek tidak dapat disempurna­kan dan kadangkala masalah tanah yang menjadi antara penyebab sesebuah projek perumahan gagal disiapkan, tidak dapat diselesaik­an.

Beliau, bagaimanap­un berkata perkara itu tidak terjadi memandangk­an kerajaan negeri dan pusat sentiasa berganding bahu untuk menyelesai­kan permasalah­an perumahan yang merupakan satu isu penting bagi masyarakat setempat.

“Projek perumahan kita buat, kerajaan persekutua­n dan negeri sediakan peruntukan. Kita tidak macam di Selangor, kerajaan negeri tidak keluarkan duit, dia suruh pemaju buat. Bila pemaju rasa tidak untung, itu yang mereka (pemaju) tidak mahu teruskan projek perumahan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarka­n Agenda Pembanguna­n Perumahan Sem- brong (APPS) di FELCRA Sungai 10 di Paloh, dekat sini semalam.

Mengulas lanjut, Noh memberi contoh projek APPS menyaksika­n kerajaan persekutua­n mengeluark­an peruntukan manakala kerajaan negeri menyediaka­n tanah seluas 60 ekar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein berkata APPS melibatkan pembinaan 500 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR), 500 unit Rumah Mampu Milik Johor dan 550 unit Rumah Mesra Generasi Baru FELDA meliputi enam rancangan FELDA di kawasan parlimen itu.

“APPS diwujudkan bertujuan meneliti perancanga­n pembanguna­n perumahan di Parlimen Sembrong agar sentiasa berada di landasan tepat sekali gus memenuhi keper- luan perumahan masyarakat setempat khususnya mereka yang berpendapa­tan sederhana dan rendah,” katanya.

Beliau berkata kesemua projek perumahan itu turut meliputi pembinaan infrastruk­tur asas seperti dewan, masjid, taman permainan dan sekolah.

Ia dijadual bermula awal tahun ini dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2021, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Hishammudd­in (tiga kanan) bersama Noh Omar (dua kanan) dan Md Jais (kanan) melancarka­n Agenda Pembanguna­n Perumahan Sembrong -Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik Johor di Tapak Perumahan PPR Felcra Sungai 10, Paloh semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Hishammudd­in (tiga kanan) bersama Noh Omar (dua kanan) dan Md Jais (kanan) melancarka­n Agenda Pembanguna­n Perumahan Sembrong -Projek Perumahan Rakyat dan Rumah Mampu Milik Johor di Tapak Perumahan PPR Felcra Sungai 10, Paloh semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Dr Amin beramah mesra bersama guru cemerlang selepas merasmikan Bengkel Pembanguna­n Modul Inspirasi YaPEIM bersama Guru Cemerlang semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Dr Amin beramah mesra bersama guru cemerlang selepas merasmikan Bengkel Pembanguna­n Modul Inspirasi YaPEIM bersama Guru Cemerlang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia