Utusan Borneo (Sarawak)

RTM boleh menjadi ejen untuk memperluas­kan produk pelanconga­n dan alam semula jadi kepada masyarakat luar: Lee

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Radio Televisyen Malaysia (RTM) diseru mengukuhka­n kolaborati­f dengan Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan untuk memantapka­n sektor pelanconga­n negeri ini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, RTM boleh menjadi ejen untuk memperluas­kan produk pelanconga­n Sarawak.

“Sarawak memiliki banyak produk pelanconga­n yang perlu dipromosi serta diketengah­kan kepada masyarakat luar agar mereka berminat seterusnya datang ke sini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpuna­n Bulanan dan Perpindaha­n Pegawai selepas menjadi tetamu program rakaman Tahun Baharu Cina (TBC) Seksyen Cina Mirifm di RTM Miri, semalam.

Malah, Lee berkata Miri mempunyai banyak destinasi dan tempat menarik untuk dikunjungi dan dipromosik­an kepada pelancong luar.

Selain penganjura­n pelbagai acara hiburan berprestij di bandar raya Miri seperti Festival Borneo Jazz Antarabang­sa dan Miri Country Music Festival, Miri popular dengan produk pelanconga­n berasaskan alam semula jadi termasuk tamantaman negaranya.

Ia melibatkan Taman Negara Niah, Taman Negara Lambir, Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan Bunut, Taman Negara Terumbu Karang Miri Sibuti, Taman Rizab Semula Jadi Piasau, Muzium Petroleum serta Taman Buaya Kuala Baram.

Selain itu katanya, kehijauan dan keindahan pantai di Miri juga mampu menggamit pelancong dalam dan luar negara.

“Kita mempunyai deretan pantai yang cantik seperti Pantai Bungai, Pantai Tusan, Pantai Luak Bay Esplanade, Pantai Tanjung Lobang dan Pantai Peliau Sibuti.

“Pada masa sama, pembanguna­n Beach Republic Miri dan Marina Bay turut mengindahk­an lagi landskap pantai di sini,” jelasnya.

Lee menambah, Miri juga mempunyai destinasi pelanconga­n di kawasan pedalaman seperti Tanah Tinggi Bario, Ba’ Kelalan dan Telang Usan, Baram.

Terdahulu dalam temu bual sempena TBC 2018, Lee menyeru masyarakat agar terus bersatu padu dan hidup makmur untuk kesejahter­aan dan manfaat semua.

Hadir sama Pengurus Stesen RTM Miri Zaidi Bujang, Ketua Bahagian Rancangan Dayang Fatimah Awang Lai dan kakitangan RTM Miri.

 ??  ?? SELAMAT TAHUN BAHARU: Lee (duduk, tiga kiri) bersama Zaidi (kanan) dan Fatimah (dua kiri) mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina di RTM Miri semalam.
SELAMAT TAHUN BAHARU: Lee (duduk, tiga kiri) bersama Zaidi (kanan) dan Fatimah (dua kiri) mengucapka­n Selamat Tahun Baharu Cina di RTM Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia