Utusan Borneo (Sarawak)

Program WOW anjuran LPPKN dapat sambutan menggalakk­an

-

MIRI: Pemeriksaa­n kesihatan dan pap smear percuma di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara kelmarin mendapat sambutan menggalakk­an daripada penduduk setempat.

Program ‘Touch Point’ Wellbeing of Women (WOW) itu dianjur di bawah Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN).

Bermula jam 8 pagi hingga 12 tengah hari, aktiviti itu mendapat kerjasama Parti Rakyat Bersatu (UPP) Senadin dan Pujut.

Pengerusi UPP Pujut, Bruce Chai berkata aktiviti bergerak itu diadakan di Miri dan Bintulu dari 1 September sehingga 15 Februari ini.

Seramai 11 orang menjalani ujian pap smear di klinik bergerak LPPKN sementara 70 orang menjalani pemeriksaa­n dan ujian glukosa.

Beliau memberitah­u, program itu inisiatif kerajaan memastikan tahap kesihatan rakyat keadaan baik dengan menitikber­atkan gaya hidup sihat.

“Menerusi aktiviti ini, agensi bergerak di peringkat akar umbi dengan mengadakan pemeriksaa­n kesihatan tanpa mengenakan sebarang bayaran.

“Selain pemeriksaa­n kesihatan wanita, penduduk juga boleh menjalani pemeriksaa­n tekanan darah dan kandungan gula dalam badan,” jelasnya.

Di samping itu, ia meningkatk­an kesedaran golongan wanita mengenai kepentinga­n pap smear serta meningkatk­an jumlah wanita menjalani ujian tersebut.

Aktiviti itu juga bertujuan mengenal pasti dan mendapatka­n rujukan bagi wanita men- galami prakanser dan kanser serviks untuk tindakan susulan.

“Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana mengendali­kan program ini untuk rakyat. Kita juga terus memberi kerjasama kepada LPPKN dan agensi kerajaan agar aktiviti ini mencapai matlamat,” katanya.

Hadir sama Ketua Wanita UPP Senadin, Suzanne Lee.

 ??  ?? HULUR BANTUAN: Ahli-ahli PEDAS Sri Aman menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Alo, Nanga Ngemah Ili, Lemanak, Lubuk Antu kelmarin.
HULUR BANTUAN: Ahli-ahli PEDAS Sri Aman menyampaik­an bantuan kepada mangsa kebakaran Rumah Alo, Nanga Ngemah Ili, Lemanak, Lubuk Antu kelmarin.
 ??  ?? DAPAT SAMBUTAN: Bruce (kiri), Suzanne (kanan) bersama peserta program WOW di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara, Miri kelmarin.
DAPAT SAMBUTAN: Bruce (kiri), Suzanne (kanan) bersama peserta program WOW di Pasar Nelayan Kampung Piasau Utara, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia