Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Cina perlu kembali kepada BN: Ismail Sabri

-

BERA: Pengundi Cina di negara ini diseru supaya kembali menyokong Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Umum (PRU) ke-14 untuk memastikan kebajikan dan nasib mereka terus dijaga.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata masyarakat Cina tidak akan mendapat apa-apa pembelaan daripada pembangkan­g jika mereka berterusan memberikan sokongan kepada parti itu.

“Contohnya di kawasan Dewan Undangan Negeri Pahang (DUN) Triang sendiri, apabila berlaku banjir mahupun apaapa permasalah­an, masyarakat Cina datang berjumpa dengan wakil MCA, GERAKAN dan saya sendiri untuk mendapatka­n bantuan kerana wakil rakyat DAP mereka tidak dapat membantu.

“Mereka hanya hadir untuk bersalam (apabila berlaku musibah dan keraian) dan tidak lebih daripada itu, datang tangan kosong…yang balik pun tangan kosong, calon yang nak bertanding pula, baru sekarang nampak muka, muncul lima tahun sekali,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan dan penyampaia­n sumbangan kepada 1,100 warga emas masyarakat Cina dari Parlimen Bera sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Kompleks Rakan Muda, di sini semalam.

Sehubungan itu, Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata masyarakat Cina di negara ini perlu bijak menilai tentang perkara berkenaan kerana amat merugikan jika mereka memilih wakil rakyat yang tidak dapat membantu mereka di waktu kesusahan atau ditimpa bencana.

Berbeza dengan pembangkan­g katanya, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah banyak melaksanak­an dasar-dasar untuk menjaga kebajikan masyarakat Cina termasuk dari segi sosial dan ekonomi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia