Utusan Borneo (Sarawak)

Setakat ini perkhidmat­an ‘doula’ tidak ditawarkan di negara ini

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan akan mengambil tindakan sekiranya menerima laporan berhubung individu yang menawarkan perkhidmat­an ‘doula’ atau ‘peneman bersalin’, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata setakat ini perkhidmat­an ‘doula’ tidak ditawarkan di negara ini.

“Kalau ada laporan, kementeria­n akan ambil tindakan dan siasat. Jika didapati bersalah akan ambil tindakan… undang-undang kita ada,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar, dekat sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes kematian bayi yang dilaporkan dilahirkan di rumah akibat lemas kerana lahir secara songsang dan hanya disambut oleh suami yang tidak berpengala­man dengan bantuan ‘doula’ menerusi panggilan telefon yang tular di Facebook baru-baru ini.

Dr Hilmi menasihatk­an para ibu terutamany­a yang mempunyai risiko supaya bersalin di hospital kerajaan yang mempunyai kelengkapa­n dan kemudahan yang mencukupi dan mempunyai pakar serta jururawat ber- tauliah.

Sementara itu, berhubung kes rabies atau penyakit anjing gila di Sarawak, Dr Hilmi berkata jangkitan rabies kepada manusia masih terkawal dan beliau menasihatk­an orang ramai yang digigit anjing supaya segera mendapatka­n rawatan di hospital dan klinik kerajaan.

“Kalau kena gigit cepatcepat cuci luka itu dan kena pergi klinik kerajaan untuk rawatan,” katanya.

Sejak Jun tahun lepas,

Kalau ada laporan, kementeria­n akan ambil tindakan dan siasat. Jika didapati bersalah akan ambil tindakan… undangunda­ng kita ada. Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya Timbalan Menteri Kesihatan

tujuh orang dimasukkan ke beberapa hospital sekitar Sarawak akibat digigit anjing dengan enam meninggal dunia termasuk yang terbaru Ahad lepas ( 4 Feb) dan hanya seorang sahaja selamat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TURUN PADANG: Dr Hilmi Yahaya mengisi minyak enjin pada sebuah motosikal yang diselengga­ra secara percuma pada Program Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Dewan Perda, Teluk Kumbar semalam.
— Gambar Bernama TURUN PADANG: Dr Hilmi Yahaya mengisi minyak enjin pada sebuah motosikal yang diselengga­ra secara percuma pada Program Karnival Sepakat Komuniti 1Malaysia di Dewan Perda, Teluk Kumbar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIREMAN: Pegawai SPRM membawa keluar Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise berusia 44 tahun di Mahkamah Majistret semalam, selepas disambung reman selama empat hari bagi membantu siasatan salahguna kuasa dan rasuah melibatkan projek landskap bernilai...
— Gambar Bernama DIREMAN: Pegawai SPRM membawa keluar Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise berusia 44 tahun di Mahkamah Majistret semalam, selepas disambung reman selama empat hari bagi membantu siasatan salahguna kuasa dan rasuah melibatkan projek landskap bernilai...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia