Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita maut kereta masuk laluan bertentang­an

-

KOTA TINGGI: Seorang wanita maut apabila kereta dipandunya terlibat kemalangan di Kilometer (KM) 34 Jalan Johor Bahru - Mersing, dekat sini, pagi semalam.

Sim Lee Peng, 36, beralamat di Kampung Gembut, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi meninggal dunia di tempat kejadian disebabkan kecederaan pada badan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata dalam kejadian kirakira jam 8.45 pagi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Wira dari arah Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru, telah masuk ke laluan bertentang­an sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah Johor Bahru meng- hala ke Kota Tinggi.

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Persona, Fred Anak Edin cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” kata beliau. — Bernama KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang didakwa menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang baharu dilahirkan di Pulai, Johor, Ahad lepas, telah membuat laporan polis untuk menafikan pembabitan­nya dalam kes itu.

Malah cerita mengenai pembabitan wanita itu telah tular di laman sosial Facebook kononnya dia bersubahat dengan sekumpulan individu yang menggelark­an diri mereka ‘doula’ atau peneman ibu bersalin tanpa campur tangan doktor.

Susulan catatan itu tular hingga mendapat ribuan perkongsia­n, wanita itu dikecam netizen kerana dikatakan telah menjadi penyebab kepada kematian seorang bayi yang dilahirkan songsang di rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) semalam, berkata, wanita itu membuat laporan polis pada Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan bagi menafikan tuduhan terhadap dirinya seperti yang disebarkan dalam Facebook itu.

Dalam laporan polis itu, wanita berkenaan mengatakan dia dituduh sebagai punca kematian bayi rakannya selain mendedahka­n namanya, suami dan gambar pasangan itu.

Mohd Khalil berkata, ibu bapa bayi berkenaan juga telah membuat laporan polis mengenai kematian anak mereka, namun tidak menye- but atau mengaitkan dengan sesiapa.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya sedang menyiasat ‘ posting’ Facebook berkenaan yang mengaitkan wanita berkenaan serta punca kematian bayi berkenaan.

Menurutnya, wanita itu telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Selain itu, katanya, pegawai penyiasat juga telah diarahkan untuk bertemu dengan ibu bapa bayi berkenaan bagi mendapatka­n gambaran jelas mengenai kejadian sebenar.

Setakat ini, polis belum mengklasif­ikasikan siasatan dengan mana-mana seksyen kerana kes masih di peringkat awal, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan di KM 34 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi semalam.
— Gambar Bernama MAUT: Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengeluark­an mangsa kemalangan di KM 34 Jalan Johor Bahru-Mersing pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia