Utusan Borneo (Sarawak)

KWSP isytihar dividen 6.9% akaun konvension­al 2017

Jumlah keseluruha­n agihan dividen bagi 2017 sebanyak RM48.13 bilion, peningkata­n 29.8 peratus dari 2016

-

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP) mengisytih­arkan kadar dividen 6.90 peratus bagi Simpanan Konvension­al 2017 dengan jumlah agihan dividen sebanyak RM44.15 bilion dan 6.40 peratus bagi Simpanan Syariah, dengan agihan dividen RM3.98 bilion.

KWSP dalam satu kenyataan semalam berkata, jumlah keseluruha­n agihan dividen bagi 2017 adalah sebanyak RM48.13 bilion, peningkata­n 29.8 peratus dari 2016.

Pengerusin­ya Tan Sri Samsudin Osman berkata keseluruha­n prestasi 2017 adalah juga merupakan tahun yang penting bagi KWSP memandangk­an ia kini menguruska­n dua skim simpanan dan mengisytih­arkan dua kadar dividen.

“Simpanan Syariah menunjukka­n prestasi yang kukuh untuk pengisytih­aran dividen pertama.

“Ini membuktika­n prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah. Untuk Simpanan Konvension­al, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan semenjak 1997,” katanya.

KWSP berkata, pengagihan dividen bagi setiap akaun diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanja­an pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluara­n.

Simpanan Syariah hanya memperoleh pendapatan mengikut bahagianny­a daripada aset Syariah manakala bagi Simpanan Konvension­al, sebanyak 38 peratus pendapatan diperoleh daripada aset Syariah dan 62 peratus daripada aset Bukan Syariah.

Sementara itu, pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah sebanyak RM53.14 bilion, jumlah tertinggi sejak penubuhan KWSP pada 1951.

KWSP berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM4.60 bilion diatribusi­kan kepada Simpanan Syariah, mengikut bahagianny­a daripada jumlah keseluruha­n aset Syariah manakala RM48.54 bilion diatribusi­kan kepada Simpanan Konvension­al.

Pulangan bagi Simpanan Konvension­al ditingkatk­an oleh pendapatan yang diperoleh daripada pelaburan bukan Syariah berikutan peningkata­n prestasi saham perbankan sedunia manakala Simpanan Syariah tidak dilaburkan dalam saham perbankan konvension­al memandangk­an ia tidak patuh Syariah.

Di samping itu, KWSP berkata, rosot nilai ekuiti daripada saham patuh Syariah, terutamany­a daripada sektor minyak dan gas dan telekomuni­kasi telah menurunkan pendapatan portfolio Syariah KWSP.

Samsudin berkata sememangny­a akan terdapat perbezaan pulangan Simpanan Syariah berbanding

Ini membuktika­n prestasi aset Syariah KWSP yang mapan, seterusnya memberikan berita baik kepada ahli kami yang telah bertukar kepada Simpanan Syariah. Untuk Simpanan Konvension­al, kadar 6.90 peratus merupakan kadar tertinggi pernah diumumkan semenjak 1997.

Simpanan Konvension­al dalam jangka pendek.

“Bagaimanap­un, dalam jangka masa panjang, prestasi kedua- dua skim ini dijangka tidak akan jauh berbeza memandangk­an kedua- duanya mempunyai objektif dan strategi pelaburan yang sama.

“Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, objektif kami adalah untuk melindungi dan menambah nilai simpanan persaraan ahli kami dan ini boleh dinilai daripada kadar dividen yang diisytihar­kan berbanding kadar inflasi Malaysia.

“Bagi 2017, kadar dividen yang diisytihar­kan untuk Simpanan Syariah dan Simpanan Konvension­al masing-masing adalah pada 2.61 peratus dan 3.11 peratus melebihi kadar inflasi sebanyak 3.79 peratus,” katanya.

Beliau berkata sepanjang tiga tahun lepas, KWSP telah mengisytih­arkan kadar dividen melebihi sasaran dua peratus dividen sebenar masing- masing sebanyak 3.51 peratus dan 3.67 peratus.

Mengenai pengagihan dividen 2017 sebanyak RM48.13 bilion, beliau berkata, jumlah yang perlu diagihkan untuk setiap satu peratus kadar dividen adalah RM7.02 bilion, selaras dengan pertumbuha­n tahunan baki simpanan ahli sebanyak 10.98 peratus sejak 1990.

Setakat 31 Disember 2017, jumlah simpanan ahli adalah sebanyak RM768.51 bilion, yang mana RM67.76 bilion adalah di bawah Simpanan Syariah dan RM700.75 bilion di bawah Simpanan Konvension­al.

“Ini merupakan cabaran yang perlu dihadapi dalam menguruska­n dana yang besar seperti KWSP bagi menjana pulangan pelaburan yang konsisten dan mampan untuk jangka panjang.

“Ini juga merupakan tujuan mengapa kami mempelbaga­ikan ke pasaran luar negara memandangk­an peningkata­n nilai aset global telah memberikan peluang kepada kami untuk mengaut keuntungan daripada pasaran dan kelas aset yang berbeza,” katanya.

KWSP berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar bagi 2017 adalah sebanyak RM53.14 bilion meningkat 14.13 peratus daripada RM46.56 bilion pada 2016 dan jumlah itu telah meningkat sebanyak 11.90 peratus sejak 2007, dan bersamaan dengan 7.30 peratus pulangan atas pelaburan ( ROI).

S a m s u d i n b e r k a t a pelaburan KWSP telah memberikan ROI tahunan tiga tahun sebanyak 7.30 peratus dan ini merupakan satu pencapaian yang membanggak­an memandangk­an KWSP adalah sebuah dana seimbang dengan pendedahan sebanyak 50 peratus terhadap instrumen pendapatan tetap.

Menurut KWSP, pengkredit­an dividen 2017 akan dilaksanak­an pada Ahad , 11 Feb 2018, dan ahli boleh mendapatka­n maklumat terkini melalui laman web KWSP di www.kwsp.gov. my atau menerusi aplikasi mudah alihi- Akaun.

Ahli- ahli yang ingin menukar ke Simpanan Syariah 2019 boleh mendaftar sebelum 24 Dis, 2018. — Bernama

Tan Sri Samsudin Osman Pengerusi KWSP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia