Utusan Borneo (Sarawak)

Fiesta Sehati @ RTM #AKOK25 satukan masyarakat: Sharifah Zarah

-

PASIR PUTEH: Fiesta Sehati @ RTM #AKOK25 anjuran Jabatan Penyiaran Kelantan berjaya menyatukan lagi masyarakat di negeri ini, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Katanya perkara itu dapat dilihat sepanjang tiga hari karnival tersebut berlangsun­g sejak Khamis lepas, dengan ribuan orang terutama yang tinggal di Pasir Puteh tidak putus- putus menghadiri pelbagai acara yang diaturkan.

“Fiesta ini memberikan satu impak dan kesan yang baik untuk memenangi hati rakyat dan pada saya, fiesta seperti ini patut kita teruskan (pada masa hadapan).

“Selalunya RTM (Radio Televisyen Malaysia) hanya dikenali melalui televisyen ataupun radio sahaja namun kali ini mereka turun padang untuk bertemu dengan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan 2,200 penunggang basikal bagi acara kayuhan santai sejauh 37 kilometer bersempena fiesta tersebut di Dewan Uthmaniyya­h, Kampung Pulau Lima di sini, semalam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Semerak Datuk Zawawi Othman turut menyertai program kayuhan santai tersebut.

Sharifah Zarah berkata antara acara menarik yang disajikan kepada pengunjung sepanjang fiesta tersebut termasukla­h Forum Perdana Ehwal Islam pada Khamis lepas yang menampilka­n penceramah tersohor Datuk Mohammad Kazim Elias dan konsert berteraska­n Islam.

Selain itu, beliau berkata turut diadakan acara membakar kuih akok secara tradisiona­l dan moden yang disertai 100 peserta daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dari seluruh Kelantan.

“Kehebatan orang Kelantan (dalam pelbagai bidang) tiada bandingnya namun peluang perlu dibuka bagi membolehka­n mereka bersaing dengan lebih kompetitif,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MELAWAT: Zahid dan isteri Hamidah ketika melawat Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam Senator Rahemah Idris yang sakit akibat serangan angin ahmar di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, semalam.
— Gambar Bernama MELAWAT: Zahid dan isteri Hamidah ketika melawat Ketua Wanita UMNO Ayer Hitam Senator Rahemah Idris yang sakit akibat serangan angin ahmar di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIHAT: Sharifah (empat kanan) bergambar bersama para peserta basikalton pada Program Fiesta Sehat @ RTM #AKOK25 di Dewan Terbuka Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, semalam.
— Gambar Bernama SIHAT: Sharifah (empat kanan) bergambar bersama para peserta basikalton pada Program Fiesta Sehat @ RTM #AKOK25 di Dewan Terbuka Kompleks Uthmaniyah, Kampung Pauh Lima, Pasir Puteh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia