Utusan Borneo (Sarawak)

Kabinet setuju cadangan struktur Majlis Tindakan Sara Hidup Negara

-

SELAMA: Kabinet yang bermesyuar­at pada Rabu lalu telah mempersetu­jui cadangan mengenai struktur Majlis Tindakan Sara Hidup Negara yang dikemukaka­n Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an ( KPDNKK).

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata untuk tindakan lanjut, beliau akan mendapatka­n persetujua­n daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penetapan tarikh mesyuarat majlis berkenaan.

“Mesyuarat tersebut yang akan dianggotai oleh menteri, badan bukan kerajaan (NGO) dan pakar akademik akan membincang­kan secara terperinci mengenai struktur majlis berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai perkembang­an majlis itu yang akan memberi tumpuan kepada lima kluster iaitu pendidikan, pengangkut­an, utiliti, makanan dan minuman serta perumahan.

Kata Hamzah, setiap kluster akan dipengerus­ikan ketua se- tiausaha di kementeria­n yang terlibat bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang akan dilantik nanti.

Dalam perkembang­an lain, Hamzah berkata lebih 106 Karninal Jualan Rakyat telah diadakan di seluruh negara sehingga Rabu lalu dengan jumlah kehadiran seramai 500,000 pengunjung.

“Karnival itu dijangka mencecah 200 minggu ini. Ini membuktika­n karnival ini mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada rakyat,” katanya.

Mengulas mengenai lawatan pertamanya ke Pasar Majlis Perbandara­n Taiping sempena pelaksanaa­n Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina sebelum itu, Hamzah berkata peniaga dilihat mematuhi peraturan dengan meletakkan tanda harga merah jambu pada 13 jenis barangan kawalan.

“Ini menunjukka­n peniaga beretika dan memahami tentang tanggungja­wab mereka terhadap negara,” katanya dengan menambah peniaga boleh menurunkan harga tetapi tidak boleh menaikkan harga sewenang-wenangnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia